CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 948|Reply: 8

Babak Cium Dahi Dalam Klip Lagu Bukan Kerana Nafsu - Aman Aziz

[Copy link]
Post time 26-10-2022 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Sumber BH Online


Tampil dengan lagu baharu berjudul Satu Hari Saat Hujan, penyanyi, Aman Aziz mendedahkan naskhah tersebut ditulis berdasarkan kisah cinta monyet yang pernah dilaluinya.



Memetik laporan BH Online, klip lagu yang berkonsepkan romantik dan fantasi itu turut memaparkan Aman menjalinkan hubungan dengan seekor ikan duyung.



Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah babak ketika pemilik nama sebenar, Mohammad Razman Abdul Aziz, 29, mencium dahi pelakon wanita.



  



Ada juga segelintir warga maya yang menyamakan video muzik berkenaan mempunyai persamaan dengan drama Korea yang pernah ditayangkan suatu ketika dulu.



Menjelaskan perkara itu, kata Aman, babak cium dahi itu tidak ada dalam skrip dan ia dibuat secara spontan seperti diarahkan pengarah video muzik.



"Ketika itu, hari sudah lewat malam dan mengejar masa untuk menyiapkannya.



"Masa mood sedih itulah pengarah suruh saya cium dahi wanita itu, saya pula ikut sahaja kehendaknya.



  



"Lagipun, ia bersesuaian dengan karakter saya sedang bersedih apabila orang yang disayangi hendak pergi. Saya juga ikut kata hati," katanya.



Mengulas mengenai babak cium dahi itu, kata Aman, dia baru sedar kemungkinan akan menimbulkan kontroversi selepas menonton semula video muzik selepas siap disunting.



"Masa shoot saya tak terfikir langsung. Bagaimanapun, saya buat video muzik atas dasar kerja dan bukannya nafsu.



"Bukanlah nak kata saya nak membiasakan diri dengan perkara seumpama ini tetapi hakikatnya babak cium dibuat bukan kerana nafsu.



"Tak dinafikan, saya risau sangat. Namun, perkara sudah berlaku, jadi saya kena tanggung risiko.



  



"Saya akan terima apa saja kesannya termasuk kecaman netizen. Tapi, saya juga melihat perkara ini dari sudut positif.



"Saya anggap ia adalah satu kesilapan dan akan cuba memperbaikinya agar jadi lebih baik pada masa akan datang," katanya.



Didakwa sengaja mencetuskan kontroversi untuk publisiti, Aman bagaimanapun menafikan perkara itu.



"Tetapi, jika ia berlaku secara kebetulan, Alhamdulillah," katanya.



Aman turut menjelaskan dia tidak tahu mengenai drama Korea yang dikaitkan dengan video muziknya itu. Ia adalah idea sendiri dan dirakamkan di lokasi yang ada air sebagai simbolik pada ketenangan.



Awalnya, Aman ingin menjalani penggambaran video muzik di laut bagaimanapun, disebabkan kekangan cuaca, penggambaran kemudian dijalankan di kawasan memancing.



"Ketika itulah timbul idea mewujudkan watak duyung untuk memberikan kelainan.



"ada awalnya, saya yang perlu menjadi duyung tetapi disebabkan tubuh saya bukan seperti model, jadi watak ini diserahkan kepada pelakon wanita," katanya.



  








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2022 11:57 AM | Show all posts
kalau almarhum sepit siput wujud lagi dalam porem, pasti aruoh menggelupur berangan nak bercumbuan dengan aman who are yousss nih
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 12:03 PM | Show all posts
tak kisah lah artis ke , tukang sapu ke, kalau jawapan selalu sbb pengarah suruh bos suruh, menggambarkan anda seperti orang tiada pendirian. tapi kalau jawapan dia, saya dah bertumbuk bergaduh dah dia tetap nak juga, aku terima la sikit usaha kau tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 12:10 PM | Show all posts
Oh, kalau org buat onlyfans pun bukan sbb nafsu ghairah, tp sbb nk duit.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
heols muka helok tapi tak tahu kenapa sendu

@dudaberhias u taknak support aman ke, hensem jugak dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Cium je la,xde orang nak bising pun.
Dalam drama melayu lagi banyak babak2 peluk,cium dahi tangan sume tu xde pulak netizen kecoh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2022 01:14 PM | Show all posts
heythere123 replied at 26-10-2022 01:05 PM
heols muka helok tapi tak tahu kenapa sendu

@dudaberhias u taknak support aman ke, hensem jugak ...

ooo herlokk jugak... tapi sendu sebab takde aura kot.. kena besarkan badan sikit gittuhhh....tapi suara dia biasa2 je mungkin dia sesuai dalam bidang lakonan...


dah pengarah semua pakat2 ambil kelindan lori berlakon jadi hero heroin kat TV memang takdenya lah pelakon2 herlokkk ni nak popular...

kelindan lori dan buruh bancuh simen jugak idaman pengarah2 (kecuali A. Aida)... hakak team A. Aida kertu untuk kalini...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 26-10-2022 01:14 PM
ooo herlokk jugak... tapi sendu sebab takde aura kot.. kena besarkan badan sikit gittuhhh....tapi  ...

dia pernah jugak try berlakon tapi tak meletop jugak. Siap berlakon bawah Michael Ang lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2022 01:47 PM | Show all posts
I rasa sebab dia ada satu karekter yang lembik. Bukan memondan tau. Tapi jenis lembik tak strong. Sebab tu heols sendu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.380332 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list