CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1580|Reply: 2

Puteri Balqis Terbawa Emosi Bergandingan Dengan Aedy Ashraf

[Copy link]
Post time 26-10-2022 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon remaja, Puteri Balqis, 15, baru-baru ini mencuri perhatian ramai setelah gandingan mantap bersama aktor Aedy Ashraf menerusi telefilem ‘Dania’ bersiaran di TV3 mendapat pelbagai respons penonton.


Bukan itu sahaja, telefilem yang ditayangkan pada Ahad lalu turut trending di laman sosial Twitter.




IG/Twitter




Berdasarkan pemerhatian XTRA, ramai dalam kalangan penonton teruja melihat kolaborasi Puteri Balqis yang mesra disapa Aqish itu bersama lakonan hebat Aedy.


Bukan itu sahaja, gandingan Aqish dan Aedy hangat diperkatakan selepas wajah mereka dikatakan seperti adik-beradik seiras menjadikan telefilem tersebut sangat menyentuh perasaan penonton.








Terbaru, menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Aqish meluahkan rasa teruja apabila diberi kesempatan untuk berlakon bersama aktor Kisah Cinta Kita itu.


Sebelum ini, Aedy menerusi ruangan Twitter berkongsi foto bersama Aqish berserta kapsyen yang sama iaitu menggelar aktres berbakat besar ini sebagai pelakon wanita kegemaran ramai.








Sementara itu, Aqish turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menonton telefilem itu sehingga trending.








Menjengah ke ruang komen hantaran tersebut, rata-rata netizen menzahirkan kata-kata pujian terhadap pengarah drama tersebut yang cuba memberi tumpuan dan fokus kepada isu gangguan seksual oleh guru di sekolah.




  





Sumber: Xtra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2022 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Den xtau PSL cite ni..tp den hny nak tulis..

Akhirnya KO g sekolah dik..dpt juga pakai baju sekolah kehkehkeh..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ad ni sebab muka bdk bdk lh jadik abang….umur dh 30 dh…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.037813 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list