Ismail Sabri hantar surat bahasa Melayu ucap tahniah kepada Sunak
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan tahniah kepada Rishi Sunak yang dilantik sebagai Perdana Menteri United Kingdom (UK) baharu
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan tahniah kepada Rishi Sunak yang dilantik sebagai Perdana Menteri United Kingdom (UK) baharu, hari ini.
Ucapan itu disampaikan oleh Perdana Menteri kepada pemimpin Parti Konservatif itu, menerusi satu surat yang ditulis dalam bahasa Melayu.
Dalam ucapan tahniah itu, Ismail Sabri antara lain menyatakan penghargaan mengenai hubungan antara kedua-dua negara, yang terjalin selama 65 tahun dan berharap dapat menjalin kerjasama rapat dengan Sunak untuk terus meneroka potensi hubungan Malaysia-UK.
"Malaysia dan UK menikmati hubungan yang mesra dan produktif, disokong oleh kerjasama dalam pelbagai aspek serta saling menguntungkan, terutamanya dalam sektor perdagangan dan pelaburan.
"Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan Tuan Yang Terutama (Sunak) untuk meraih potensi hubungan kedua-dua negara.
"Saya yakin, dengan dedikasi dan kepimpinan Tuan Yang Terutama, kerjasama sedia ada ini akan terus diperkukuh," katanya dalam surat itu yang dimuat naik di Twitter rasminya, hari ini.
Terdahulu, Sunak dilantik sebagai Perdana Menteri baharu Britain, selepas penyandangnya, Liz Truss, mempersembahkan peletakan jawatannya kepada Raja Charles III.
Truss meletak jawatan sebagai perdana menteri berikutan program ekonominya mencetuskan kejutan pasaran dan menyebabkan Parti Konservatif berpecah, hanya 45 hari selepas memegang jawatan itu.
Post time 25-10-2022 10:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Rasanya jepun yg lg pekat likat tp bab intersenel gini mungkin ok je guna english kot? Sorry la, aku bab muntri2 fefeeling fighter ‘hidup bahasa melayu’ ni, mostly anak cucu dia sendiri duk cakap omputeh, caption gamba in english, anak cucu sekolah international.. hipokrit sangat aihh
Post time 25-10-2022 10:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Terbaik...depa kan ramai translator sana takkan makan gaji buta...sunak pun mungkin ramai sedara mara kat brickfields dan klang...anytime blh translate to tamil...
Post time 25-10-2022 11:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sharlenetexas replied at 25-10-2022 11:02 PM
Anak cucu pak mail cakap bahasa apa?
hambik sejibik, "are you stupid?":
Wah, kah, kah, kah!
minit ke-02:25
dafi = orang putih
negro = orang hitam
perempuan tu yang mula dahulu sebut hitam.
- Are you stupid? Why was she call me orang hitam?
- No, no, no, I said the phone, the phone colour
- You should watch out, you should watch out, malays
Bangsatlah pak mail ni, merepeklah buat perangai mengada2 ni utk publisiti murahann nak jadi hero pejuang bahasa melayu kononn, tapi tak kena tempat. Nak communicate dgn org tak faham melayu, nak ucap tahniah tulis lah bhs inggeris iaitu bhs yg org tu faham yg juga bhs antarabangsa. Ni tulis bhs org tak faham syok sendiri, klu aku jadi sunak aku bolayan dah le org tak kenal siapa dia