CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 5916|Reply: 48

'Kenapa Tak Masukkan Gambar Cantik?' - Mila Jawab Dakwaan Pengantin Isu Jurugambar Hauk

[Copy link]
Post time 25-10-2022 08:53 PM | Show all posts |Read mode
Tular video seorang pelanggan syarikat Bizmilla Wedding Centre meluahkan rasa kecewa dengan khidmat fotografi percuma yang diberikan oleh pihak penguruskan perkahwinan itu di TikTok.


Susulan dari itu, pemilik Bizmilla iaitu penyanyi Mila Jirin tampil menjelaskan mengenai luahan individu tersebut yang tidak berpuas hati dengan gambar-gambar diambil jurugambar yang disediakan pihaknya.




TikTok




“Ada isu viral di TikTok berkaitan Bizmilla dan juga satu wedding ini. Jadi, saya terpanggil untuk memberikan kenyataan balas. Pada awalnya saya tak nak beri apa-apa statement.


“Tapi ramai pula duk tag saya di komen beliau, jadi saya kena habaq (beritahu) cerita sebenar agar semuanya jelas. Yang pertama, memang di Bizmilla, kami membekalkan pakej perkahwinan lengkap, satu premium dan satu lagi basic.


“Yang kedua memang dalam pakej itu kami berikan percuma, sesi fotografi dan videografi sepanjang majlis. Kami dah nyatakan fotografi dan videografi sepanjang majlis untuk capture semua momen termasuk ahli keluarga.


“Selain posing momen selepas majlis dan sebagainya. Gambar yang diberikan kebiasaannya 500 keping dan keatas. Sudah semestinya ada momen tengah jalan dan tak betul akan dirakam juga.


“Yang tu kita panggil momen dan kami Bizmilla tak pernah kata ‘oh tak boleh nak hire OP sendiri’. Kalau ada guna perkhidmatan Bizmilla, kami bantu beri percuma sesi itu. Kalau rasa nak hire OP sendiri silakan, tak ada siapa nak halang,” tegasnya.


Menjelaskan lebih lanjut lagi, Mila berkata dia sendiri sudah melihat hasil gambar yang diambil oleh jurugambar tersebut dan terdapat banyak momen cantik yang tidak dikongsikan individu tersebut.







“Gambar-gambar yang kami masukkan sosial media Bizmilla, itu adalah hasil kami sampaikan kepada pelanggan, tak ada hidden agenda. Semua diberikan secara jelas.


“Tak ada nak beritahu kami ini the most professional photographer. Semua freelance yang kami hire untuk cover sepanjang majlis. Pada majlis yang viral baru-baru ini yang mention tentang hasil mereka terima, saya dah check dengan pihak saya.


“Pakej yang dia ambil adalah basic, RM15,000 lebih untuk 300 pax termasuk dengan makanan, persiapan dewan, bridal, semua la kelengkapan majlis yang kami sediakan.







“Kami tak nak isu kan benda itu… saya dah tengok gambar-gambar beliau, dalam 500 lebih gambar bukan semua yang seperti yang beliau masuk dalam laman sosial beliau.


“Boleh lihat ada gambar-gambar momen cantik, tapi kenapa tak nak masukkan? Kenapa tak nak viralkan? Kenapa nak masuk gambar tak ready yang tengah jalan dan cakap?” katanya.




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Gmbr2 tu nampak lawa je. Cuma mcm raw la xedit. Slalu pro op nmpk lg lawa sbb dia akan bg gmbr yg dh siap diedit lighting n wrna2 dia bg nampak lbh elok..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Retis lagi ka dia ni? Last dia menyanyi perform di khalayak ramai, bila?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Maintain cantik Mila comel lotey
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kata free, tu je la hasilnya...
Yang dia hire tu pun agaknye yg harga murah... Kalau tak, tak kan hampir tiap tahun beli rumah....tapi time pkp, tertiba miskin...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
ok la xde la buruk sgt Mmg gmbr moment
kalo gmbr shooting lain kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2022 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakej 15k harap gambar macam kude atau MOM memang tak dapat la dek.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Org lain photographer saje dah 10k untuk 1 majlis je. Klu harge, tu dpt hasil atas tu, boleh la komplen kot. 15k dpt semua tu, mesti ad caveat die.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2022 12:30 AM | Show all posts
aik cantik je gambar2 tu... dia expect nak ada edit pakai lightroom, photoshop bagai macam rizman ruzaini kot... ko dah kenapa dikkk.... ko expect yang ko hire tu pengarah movie hollywood kah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 01:34 AM | Show all posts
alaaa gambar pengantin ni kalau lighting cun cantik jeh...
selebihnya edit la... unless pengantin sendiri tak lawa and fake... lepastu makeup tebal mcm opera cina
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 01:38 AM | Show all posts
satu lagi jangan kata gambar je... pelamin tu pun lawa la dari pelamin acik2 ber backgroundkan origami lipat sendiri dengan bunga pelesu kedai eco agittewwww...

untuk harga 15k macamtu memang berbaloi sebab siap pakej makan minum sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Package murahan, ada hati nak gambar letop2
Muka kau pun, lawa.sgt ke?? Photographer byk kerje lah nak edit muka kau satu2 kalau dah mmg melekit berkilat huduh.
Aku side Mila, walaupun Milla ni mcm tak wujud je pada aku.
Eh dek, kau kalau nak gambar letop2 mcm orka, budget tu kasi naik sikit. Jgn nak free je semua, then nak result mcm kau bayar 20k utk photography je.
Ni, album tu nanti, kau gantung dekat pintu masuk rumah kau ke? Ujung2, dua tiga minggu, tersorok dlm lemari RM120 ko. Siap berabuk lagi. Choi lah
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni sama spesis sepupu jiran i
Dia tgk jiran i punya gambar wedding cantik pakej dgn album dan frame
Sepupu pun nk gak tp amik pakej bajet
Pastu komplen npe gambar dia dpt softcopy sume x lawa
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu pon mau dah makan 1k video ngan photo tu... Nak cantik kluar la. Modal dek... Ini manjang nak free..... Pas tu komplen...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 04:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenduri ni mahal ..
Nasib la dik, zaman sekarang semua pakai duit
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 04:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Mila 1
Basic  0

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2022 05:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by anilanil at 26-10-2022 05:31 AM

Pengantin yg muka tak cun, yg jantan tu basic low spec sgt. Syukur la pelamin ko lawa bukan dpt pelamin majlis tilawah al Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 06:28 AM | Show all posts
Kt fb ramai yg komen x berapa sedap psl bizmilla ni,katanya photog ni pon ada caj tersembunyi ytjt,komen² yg org komplen dlm ig semuanya didlelete
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau edit lah sendiri gambar-gambar tu. Takkan tu pun nak minta free jugak? Orang bisnes pun nak untung.
Dan memang tak berapa nak fotogenik pun pasangan pengantin.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
AcikBuncit replied at 25-10-2022 10:45 PM
Gmbr2 tu nampak lawa je. Cuma mcm raw la xedit. Slalu pro op nmpk lg lawa sbb dia akan bg gmbr yg dh ...

Klau edit usually rege lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.993354 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list