CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 564|Reply: 1

Lelaki Terbunuh Isteri Kerana Geram Mangsa Gilakan Suami Orang

[Copy link]
Post time 25-10-2022 07:29 PM | Show all posts |Read mode
Kompas melaporkan seorang lelaki mengaku anaknya berusia enam tahun berkunjung ke sebuah pantai selepas mencekik isterinya hingga mati.


Dalam kejadian di Semarang di Jawa Tengah, Indonesia pada Ahad, suspek membawa anaknya ke pantai sebelum menyerah diri kepada polis.




Seorang lelaki (tengah) mencekik isterinya hingga mati. foto KOMPAS.COM/Titis Anis Fauziyah





"Saya mahu menyenangkan anak sebelum saya menyerah diri.


"Anak saya tak tahu apa-apa,” kata lelaki berusia 26 tahun itu pada sidang media di Balai Polis Semarang pada Isnin.


Dia mengakui pada mulanya tidak berniat untuk membunuh, tetapi hanya mahu melepaskan kekecewaannya dengan mencekik isterinya.


Tindakan kekerasannya itu susulan mendapat tahu isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain yang sudah berkahwin.


Perkara terbongkar selepas melihat mesej perbualan mereka menerusi aplikasi WhatsApp dalam telefon isterinya.


"Isteri saya berbual dan menelefon suami orang. Daripada mesej perbualan itu, isteri saya merindui dia," katanya.


Ketua polis Semarang, AKBP Donny Lombantoruan berkata, bedah siasat akan dilakukan ke atas mangsa.


"Individu yang melakukan tindakan kekerasan fizikal dalam rumah tangga, mengakibatkan kematian mangsa berdepan hukuman penjara 15 tahun," katanya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2022 08:56 AM | Show all posts
kalau dkt tiktok masing2 cekik pasangan curang agaknya kena buat kubur bertingkat2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.332108 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list