View: 1824|Reply: 26
|
Mat Yo, Pemain Melaka United Tak Dapat Gaji Sejak Jun
[Copy link]
|
|
Penyerang berpengalaman, Norshahrul Idlan Talaha mendedahkan kebanyakan pemain Melaka United FC tidak mendapat bayaran gaji sejak Jun lalu.
Norshahrul atau lebih mesra dengan panggilan 'Mat Yo' berkata, masalah dalaman pasukan terbabit bukan lagi rahsia memandangkan semua pihak sudah mengetahuinya, malah itu menjadi antara punca prestasi Melaka United merudum.
Katanya, sehingga kini pengurusan pasukan belum membuat sebarang pembayaran membabitkan tunggakan gaji berkenaan walaupun pemain sudah mengadakan perjumpaan bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka United iaitu Datuk Seri Justin Lim.
Foto: Google
"Cuma sekarang ini, dengan masalah dihadapi Melaka United kita tahu pemain luar pun tak nak main.
"Sekarang ini, saya serahkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) serta pengurusan pasukan untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.
Mengikut rekod, Melaka United FC tidak dibenarkan beraksi dalam Piala Malaysia 2022 susulan kegagalan melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai.
Keputusan itu dibuat Ahli Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selepas Melaka United gagal menyelesaikan bayaran tunggakan gaji seperti tarikh ditetapkan.
Lebih malang lagi, Melaka United gagal meraih lesen kebangsaan bagi menyertai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan selepas tidak memenuhi kriteria ditetapkan First Instance Body (FIB) FAM.
Selain itu, Mat Yo berkata, hasratnya untuk beraksi bersama skuad kebangsaan kemungkinan terbantut apabila Melaka United tidak beraksi di Piala Malaysia.
"Keinginan untuk membantu skuad Harimau Malaya sudah tentunya ada, namun kita pun tahu Melaka United tidak beraksi di Piala Malaysia, jadi bagaimana saya mahu mempamerkan kemampuan untuk tersenarai dalam pasukan kebangsaan," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat kes bini dia dgn pak guard epot subang dl |
|
|
|
|
|
|
|
ehhh...bukan melaka antara 4 negeri yang berada di atas purata pertumbuhan dan pendapatan pertengahan negara???gaji pun tak mampu nak bayau ke? celakau, hawau sungguh
|
|
|
|
|
|
|
|
wak lu wak lan
wak lu wak lan
wak lu wak lan
wak lu wak lan |
|
|
|
|
|
|
|
Allah.. nasib x baik dia.. moga dpermudahkn urusan dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rajawali replied at 25-10-2022 05:10 PM
ehhh...bukan melaka antara 4 negeri yang berada di atas purata pertumbuhan dan pendapatan pertengaha ...
Ko paham ke makna kelab.. privately owned,ngok?
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus: Teringat kes bini dia dgn pak ...
Start dari kes tu ..terus menjunam..hidup jangan terlalu mendongak langit. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku baru jer borak dengan member aku, ada lagi ke kelab bola yg tak bayar/lambat bayar player dorg.. Rupanya ada LG zaman ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
leo kat baju jersi dia tu leo mana? |
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus replied at 25-10-2022 05:00 PM
Teringat kes bini dia dgn pak guard epot subang dl
Mungkin ni sbb dosa bini dia kat pak guard kot |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 25-10-2022 06:45 PM
Start dari kes tu ..terus menjunam..hidup jangan terlalu mendongak langit.
Kannnn.... |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 25-10-2022 07:36 PM
Mungkin ni sbb dosa bini dia kat pak guard kot
Semoga dapat pengajaran |
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 25-10-2022 05:06 PM
"pakcik bodoh" katanya
Jantan dayus.
|
|
|
|
|
|
|
|
Moga dipermudahkan semua urusan…kesian juga klu dari jun x dpt gaji… |
|
|
|
|
|
|
|
adan ukeeee. tuhan sedang mengujimu anggap jela begitu. smbil tu g la buat grab |
|
|
|
|
|
|
|
kilang mamee dah tak sponsor ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|