CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1253|Reply: 4

Hilang Fokus, Nyanyian Teruk- Tok Ram Jerit Dan Marah Dina Nadzir Sebab Tak Tahu Bapanya Nazak

[Copy link]
Post time 25-10-2022 10:42 AM | Show all posts |Read mode
Maestro muzik yang juga ketua juri Gegar Vaganza (GV) musim kesembilan, Datuk Ramli MS mendedahkan, dia memarahi Dina Nadzir yang hilang fokus sewaktu raptai sebelum dimaklumkan, bapanya sedang tenat.


Jelas Ramli, nyanyian Dina pada sesi raptai, malam Sabtu lalu agak teruk dan memarahi penyampai radio itu tanpa mengetahui dia sedang berdepan situasi getir.




Foto: NST




“Saya jerit pada Dina kerana dia hilang fokus dan menyanyi seperti budak tadika. Saya tidak tahu Dina ada masalah yang menyebabkan dia hilang fokus.


“Saya jenis jarang marah, tetapi terpaksa berkeras dengan niat mahu mengajar. Saya terpaksa menaikkkan suara kepada peserta untuk memastikan mereka memberikan persembahan terbaik, termasuk Dina.


“Selepas tahu keadaan bapanya sedang tenat dan terpaksa balik ke Johor pada malam itu juga, saya segera minta maaf,” katanya.


Bapa Dina, Mohd. Nadzir Gulam, 64, menghembuskan nafas terakhir, Ahad di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru akibat komplikasi paru-paru.




  



Difahamkan, Dina bersama-sama ahli keluarga sempat berada di sisi bapanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.


Penyampai Radio Sinar FM itu sepatutnya menyanyikan lagu Januari nyanyian asal Glenn Fredly pada minggu keenam GV9, namun diganti peserta wanita lain, Shila Amzah, Jaclyn Victor dan Tom.


Dalam konsert bertemakan Citarasa Antara Benua itu, Tomok mengungguli kedudukan pertama dengan markah 84 peratus menerusi lagu Everybody yang dipopularkan Backstreet Boys. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 11:42 AM | Show all posts
meols nak tahu jugak, apasal tok ram mahupun tok pinaz tak komen peserta 3-4 peserta giliran akhir minggu lepas ek? bunda hetty je komen sampai habis...merajuk ke airtime heols kena curik ibu hetty?? pelik jugak lah macam sentap je tokram..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada orang cakap tok ram tak berapa nak bagi komen sebab dah puas kot bagi komen masa rehearsal.

Tapi kalau tok ram juga yang music director GV, kenapa dia dijadikan juri?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 02:32 PM | Show all posts
cikgu muzik mmg garang .... pengalaman iols.. pandai tak gak hahahhaaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 10:06 AM | Show all posts
terpaling cikgu tok ram kihkih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.127759 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list