CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 497|Reply: 0

Mayat Rentung Dalam Perodua Kancil Dikenal Pasti Lelaki Warga Emas

[Copy link]
Post time 21-10-2022 02:37 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki warga emas dikenal pasti rentung selepas kereta dipandunya terbakar di tepi Jalan Shapadu, Kampung Sungai Pinang di sini, awal pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa yang memandu Perodua Kancil itu berusia 70-an.




Vijaya Rao (baju hitam) meninjau kebakaran kereta itu di lokasi kejadian hari ini.





Kata beliau, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.30 pagi.


“Mangsa telah terbakar 70 peratus keseluruhan badan dan meninggal dunia di lokasi kejadian.


“Polis masih menyiasat punca sebenar kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Terdahulu, beliau turut meninjau lokasi kejadian bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).


Tambah Vijaya Rao, kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).


Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 5.27 pagi.


“Kebakaran melibatkan Perodua Kancil yang terbakar secara keseluruhannya.
“Terdapat mayat turut terbakar 100 peratus di bahagian tempat duduk pemandu,” katanya.


Jelas beliau, operasi disertai sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.157270 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list