CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 419|Reply: 0

6 Maut Jet Pengebom Terhempas Di Apartmen

[Copy link]
Post time 18-10-2022 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Enam maut selepas sebuah jet pengebom Su-34 milik tentera Rusia terhempas di bangunan apartment di Yeysk selatan negara itu pada Isnin.


Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, nahas berlaku selepas salah satu enjinnya terbakar dalam kejadian yang menyebabkan 25 orang terpaksa dirawat di hospital.




Foto: AP




Bagaimanapun, juruterbangnya selamat selepas dia berjaya keluar dengan menggunakan kerusi anjal dari jet itu.


Pada 17 Oktober 2022, sebuah pesawat Su-34 terhempas semasa semasa penerbangan latihannya dari lapangan terbang tentera di daerah selatan.


"esawat itu terhempas di dalam sempadan bandar Yeysk," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.


Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, jet pengebom itu merempuh halaman sebuah bangunan kediaman.


"Bahan api pesawat itu terbakar selepas Su-34 terhempas ke halaman bangunan kediaman," tambah kenyataan kementerian itu.


Pegawai tempatan memberitahu Menteri Kecemasan Rusia, Alexander Kurenkov bahawa enam orang telah meninggal dunia dan enam lagi hilang, kata agensi berita TASS.


Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkannya supaya pergi ke tempat kejadian sejurus selepas kemalangan itu.


Sebahagian besar bangunan sembilan tingkat itu terbakar selepas nahas manakala pihak berkuasa tempatan kemudian berkata kebakaran telah berjaya dipadamkan.


Dalam pada itu, menurut Menteri Perlindungan Awam dan Situasi Kecemasan wilayah, Sergey Shtrikov, seramai 25 orang cedera dalam nahas itu.


Menurutnya, seramai 363 orang telah dipindahkan manakaka 556 orang lagi termasuk 76 kanak-kanak hidup di bangunan kediaman yang rosak.


Sekurang-kurangnya 17 unit apament rosak dalam nahas itu.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.263733 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list