CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1192|Reply: 5

'Inai Pun Tak Hilang Lagl' - Mas Idayu Warning Jangan Buat Andaian Macam-Macam

[Copy link]
Post time 17-10-2022 05:39 PM | Show all posts |Read mode
"Saya okay saja sejak-sejak berkahwin sampai sekarang. Baru sebulan ini, saya okay saja. Inai pun tak hilang lagi di jari. Jangan kalian buat andaian macam-macam," kata penyanyi dangdut, Mas Idayu, 50, berhubung spekulasi tidak berasas yang timbul mengaitkan rumah tangganya.


Mas Idayu menerusi penjelasan dibuat dalam rakaman video berdurasi 4 minit dan 47 saat yang dikongsi di Instagram miliknya, sama sekali kesal dan marah terhadap laporan berita dibuat sebuah portal hiburan terhadapnya.


"Urusan rumah tangga saya, biar saya yang urus. Kalian hanya doakan saya bahagia," katanya mengakui sangat menghargai pihak media yang cuba mencarinya untuk bertanya situasi sebenar berhubung spekulasi yang ditimbulkan itu.




IG Mas Idayu




Katanya, dia amat kecewa apabila mendapat tahu mengenai laporan berita berkaitan rumah tangganya yang didakwa goyah ditulis oleh portal hiburan berkenaan daripada perkongsian peminat.


"Apa yang membuatkan saya marah apabila keluarnya tajuk mengatakan 'Baru Bahagia Dah Berduka'. Saya baru saja berumah tangga, baru sangat-sangat. Hari ini baru genap sebulan, 16 Oktober. Saya pun dah tak kira dah.


"Tapi, saya tengah fikir apa kalian nak sebenarnya. Saya dah bagi tunjuk kebahagiaan, saya dah tunjuk semua, hari nikah, majlis perkahwinan, percintaan, semua saya dah bagi dan kongsikannya.


"Tup tup, benda yang saya tak kongsi, kalian boleh tahu. Kalian duduk dalam kain saya ke? Ada saka ke datang rumah saya, tengok bergaduh ke apa? Saya okay saja pun," katanya.


Mas Idayu berkata, kaitan spekulasi itu timbul didakwa berpunca daripada kapsyen sedih ditulisnya menerusi perkongsian video yang berlatar hitam putih di Instagram, dua hari lalu.


"Daripada dulu lagi, saya dah kongsi kapsyen sedih, sebelum 'daddy' (suami) wujud lagi. Saya memang suka kongsi kapsyen 'happy' (gembira), sedih, kelakar. Itu hanya video dari program luar negara," katanya.


Penyanyi lagu Cintaku 100 Persen ini berkata, kenapa tidak menghubunginya lebih dulu bertanya mengenai perkongsian dibuat. Katanya, janganlah bertindak tidak cerdik hanya untuk mengejar 'page view' menerusi cerita tidak sahih.


Katanya, apapun dia dan suami ada keluarga yang harus dijaga nama dan maruah. Menurut Mas Idayu, dengan tersebarnya berita sebegini ia akan mencalarkan nama baik keluarga juga.




  



  



Terdahulu, Mas Idayu bernikah kali kedua dengan lelaki pilihan iaitu Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada 16 Setember lalu. Majlis perkahwinan mereka mendapat tajaan daripada beberapa pihak bernilai RM7 juta dan turut digelar 'wedding of the year'.


Pada majlis serba meriah dan mewah itu, Mas Idayu dan suami dinikahkan oleh Imam dan penolong pendaftar nikah masjid jamek Kampung Baru, Ustaz Azizi Abd Hamid dengan mas kahwin RM1,001 di Magica Events Hall, Kuala Lumpur.



Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2022 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sendiri mengundang
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 05:51 PM | Show all posts
kan dah kata!  dia saja nak suruh org ambik perhatian je tu.  lapar perhatian.  retis2 or influencers semua ni, mmg akan cari jalan untuk org beri perhatian, so dorang boleh rasa dorang diminati.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu sorok2, sekarang semua tayang sampai terover sudah sudah2 lah buat gimik nak kan perhatian netizens
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mummy ni orgnya transparent. Xpandai propa2. Tgk dlm ig pn mcm sheols msh hidup mcm org belum kawin ke hulu hilir dgn dayini dan anak2 ayam dia ja.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nak warning netizen puloks... Makcik yg upload ayat 'meminta'
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.048470 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list