CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 351|Reply: 0

[Kedah] Penduduk Baling mula simpan dokumen, bina loteng hadapi bah

[Copy link]
Post time 10-10-2022 04:37 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk Kampung Iboi, Abdullah Ahmad, tetap mahu tinggal di rumah pusaka peninggalan arwah bapanya meskipun terletak berhampiran sungai dan Jambatan Bailey ketika tinjauan di Baling semalam.- SHAHIR NOORDIN



BALING – Penduduk mukim Kupang terutama Kampung Iboi di sini, yang masih trauma akibat tragedi kepala air dan banjir kilat pada 4 Julai lalu kini dalam keadaan resah gelisah apabila kawasan tersebut kerap dilanda hujan lebat sejak kebelakangan ini.

Kebimbangan mereka itu semakin meningkat apabila terdapat beberapa kawasan di Kedah termasuk di daerah ini dan Kuala Muda sudah dinaiki air.

Tinjauan Kosmo! di perkampungan itu mendapati, rata-rata penduduk dalam keadaan berwaspada dengan ada yang sudah membuat persiapan awal menghadapi bencana tersebut.

Ada dalam kalangan penduduk yang sudah mula menyimpan dokumen penting di dalam beg khas dan diletakkan di dalam kereta, memasang rak besi tinggi untuk meletak barangan ber­harga selain membina loteng.


Seorang penduduk menunjukkan paras air yang menenggelamkan separuh rumahnya dalam kejadian sebelum ini ketika tinjauan di Baling semalam.- SHAHIR NOORDIN

Penduduk Kampung Iboi, Abdullah Ahmad, 66, berkata, dia tetap mahu tinggal di rumah pusaka peninggalan arwah bapanya meskipun terletak berhampiran sungai dan Jambatan Bailey.

“Hati memang berdebar-­debar bila nampak awan hitam di kawasan Gunung Inas, namun saya mahu terus tinggal di sini meskipun sudah empat kali dilanda kepala air dan banjir.

“Apa yang saya boleh buat adalah pantau cuaca, jika hujan lebat berlarutan di kawasan Gunung Inas, saya dan isteri akan lari ke tempat tinggi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Abdullah menjelaskan, sehingga kini dia masih membaiki rumah pusaka itu yang rosak akibat kejadian kepala air pada Julai lalu.


Keadaan sebuah rumah yang ditinggalkan ekoran tidak lagi selamat untuk didiami berikutan kerap dilanda banjir lumpur di Kampung Iboi, Baling semalam. – SHAHIR NOORDIN

Seorang lagi penduduk Kampung Padang Empang, Zainul Salleh, 70, berkata, dia sentiasa berada di dalam pondok yang dibina berhampiran rumah bagi mengawasi paras sungai.

“Saya akan tunggu di sini, jika nampak pelik, saya dan isteri akan lari ke tempat tinggi,” katanya.


Penduduk kampung Iboi, Baling masih trauma dengan tragedi banjir kilat pada bulan Julai lalu.

Zainul berharap, kerja-kerja mendalamkan sungai yang kini dipenuhi dengan mendapan pasir itu perlu dipercepatkan bagi mengelak rumah berhampiran sungai dilanda banjir.
https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... -loteng-hadapi-bah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.065628 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list