CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4259|Reply: 47

Siti Nurhaliza Nak Aafiyah Jadi Ahli Politik, Tapi Kalau Jadi Penyanyi Pun Tak Halang

[Copy link]
Post time 7-10-2022 05:27 PM | Show all posts |Read mode
Datuk Seri Siti Nurhaliza enggan anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid mengikut jejak langkahnya dengan menjadikan bidang nyanyian sebagai pilihan kerjaya.


Ibu kepada dua orang anak itu sebaliknya lebih gemar sekiranya Siti Aafiyah, 4, yang mesra dengan panggilan Aafiyah memilih untuk menjadi seorang ahli perniagaan apabila dewasa kelak.


Siti Nurhaliza bagaimanapun tidak menolak sekiranya Aafiyah dikurniakan bakat nyanyian dan memilih untuk menjadi seorang penyanyi.


Foto: IG




“Setiap ibu bapa pasti mahukan anak-anak mereka mempunyai kerjaya yang terbaik, sudah tentu ayah dia (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) mahu Aafiyah menjadi ‘business women’ dan meneruskan perniagaan yang ada.


“Namun sekiranya bakat dia luar biasa (dalam bidang nyanyian), saya rasa yang penting adalah ketahanan mental dan fizikal sebab saya sendiri sudah melalui sepanjang tempoh 26 tahun menjadi anak seni.


“Saya bersyukur telah dijaga dengan baik oleh kedua ibu bapa dan berjaya mengharungi cabaran bergelar anak seni,” katanya ketika menjawab pertanyaan media sama ada beliau akan menyokong minat anaknya itu.




  



Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena persembahan eksklusif ‘A Night To Remember’ Bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini.


Tambah penyanyi berusia 43 tahun itu, dia akan berasa lebih gembira sekiranya anak perempuannya itu tidak memilih untuk menjadi seorang seniman.


“Bakat itu adalah anugerah Allah, seperti saya sendiri yang menerimanya daripada ibu saya, tinggal lagi apakah pilihan dirinya sendiri, sebagai ibu bapa saya perlu sokong cuma dia ada pilihan sendiri apabila dewasa nanti.


  



“Sebagai ibu saya juga berasa risau sama ada dia mampu ke tidak (berjaya dalam bidang seni), sama ada dia akan hanyut atau tidak, ini adalah kerosakan saya sebagai ibu bapa, sama seperti yang ibu saya alami.


“Jadi saya lebih berasa gembira kalau dia memilih untuk menjadi seorang ahli politik atau lain-lain,” jelasnya.


  



  



Sejak kebelakangan ini, beberapa rakaman video menunjukkan Aafiyah mempamerkan bakat nyanyiannya tular di media sosial sehingga sehingga menyebabkan ramai pihak merasai kanak-kanak itu mahu mengikut jejak langkah ibunya. -CARI

Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2022 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Apakahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 07:31 PM | Show all posts
Tak perlulah nak Megah Holding anak take over bisnes bagai.
Anak Tok K pun tak take over bisnes bapak pun.
Mintak nasihat bisnes pun dari Zizan. bukan dari bapak.

Biarlah Si Apiyah tentukan sendiri apa dia nak buat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 07:37 PM | Show all posts
tak payahla jd retis... malaysia ni kuat sgt nepotism...
aafiyah pun dah tentu2 T20 reta cukup 7 keturunan...
ketahanan mental fizikal lagi... sbbtu mak iti tak bagi mak iti dah lalui yach
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ibu dia alami ????? Hanyut la ekkk kiranya ??
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak lahir pon dlm dulang emas...tak pernah rase susah....kalau jalan pon nanny tgu belakang takut jatuh....tak kisah la jadi apepon besar nanti...harapnye mental kuat hati cekal tak lembik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2022 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Aigoo toktiktok ni..chuollss da kaya kot takkan la takde legasi biz nak diwariskan ke anak2?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak silap bukan dulu sblm lahir nak masuk tahfiz hafal quran ke....udah tukar ekkk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2022 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Pestime dgr mak nak ank jd ahli politik
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar betul
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 10:44 PM | Show all posts
ahli politik byk mkn duit haram oi
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 04:43 AM From the mobile phone | Show all posts
katnissE replied at 7-10-2022 07:31 PM
Tak perlulah nak Megah Holding anak take over bisnes bagai.
Anak Tok K pun tak take over bisnes bapa ...

Excuse me, business bapak?Bapak bisness apo? Proxy kehulu proxy kehilir?


Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadiklah penyanyi duo dengan sepupu dia si Umairah tu.. Tapi klu jadik ahli politik boleh kaya raya
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 06:23 AM | Show all posts
Jadiklah beroker macam ayoh
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Senang skit buat duit kan jd politician
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 06:54 AM | Show all posts
dia tahu dia ada 1o tahun je lagi boleh nyanyi. takut miskin diusia emas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2022 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Seriously nak aafiyah jadi politician? Eeuwwww
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Aafiyah kalo jadi artis struggle sikit ler sbb rupe so-so, lagi pulak org akan bandingkan dgn emak nya. Jadi ahli perniagaan, maybe ok lah sbb emak nya ada tinggalkan bisnes. Cuma bisnes bergantung atas nama popularity emaknya. Still bertahan kah until anak2 besar? Kalo jadi ahli politik, no komen.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Awal2 lima belas kali dia cakap dia n dato k nak anak jd businesswoman.. ye lah kang bisnes jatuh ke anak, menantu n cucu tiri..
Bakat nyanyi je xckup sekarang.. kne buat kontroversi viral sume utk promo lagu.. n klau xpndai cipta lgu susah sikit.. penulis lgu pun nyanyi sendiri or mesti bg lgu kat artis viral..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi politician pastu kawen org tua..pastu dapat tender arang batu ehhhh eh ehhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.055235 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list