CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 862|Reply: 3

Eyka Farhana Biarkan Je Netizen Buat Spekulasi Hubungan Dengan Akhyar Rashid

[Copy link]
Post time 6-10-2022 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Tidak pernah membuka mulut mengenai kisah cinta, pelakon Eyka Farhana terus membiarkan netizen membuat andaian mengenai gosip cintanya dengan pemain bola JDT iaitu Akhyar Rashid.


Bagi Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 27, mengambil langkah berdiam diri adalah lebih baik kerana bimbang ada pihak yang tersalah anggap jika dia memberi kenyataan berhubung perkara itu.


Foto: IG




"Dah banyak orang komen tentang hal ini di media sosial. Kalau mereka rasa dia (Akhyar) adalah orang itu terpulanglah! Saya pun tidak mahu terlalu kongsi kisah peribadi.


"Lebih baik saya berdiam daripada menerima kecaman. Biarlah orang terus bercakap kerana mereka lebih tahu," katanya kepada mStar.




  



Nama Eyka dan Akhyar menjadi sebutan netizen baru-baru ini selepas aktres ini memuat naik satu video di aplikasi TikTok yang memperlihatkan tangan seorang lelaki di bahunya.


Meskipun tidak mendedahkan wajah lelaki berkenaan, netizen pantas menyiasat dan mendapati baju lelaki itu sama seperti yang dipakai oleh Akhyar.


Sementara itu, Eyka berkata pengalaman memulakan kerjaya sejak usia muda membuatkan dia lebih matang dan tidak cepat melatah apabila menerima kecaman.




  



"Mungkin saya sudah terbiasa menerima komen-komen sebegitu. Kalau ada yang bercakap tentang perkara negatif saya ambil untuk perbetulkan diri, manakala komen positif pula saya jadikan semangat untuk teruskan hidup.


"Kalau saya ambil serius sangat komen negatif ini, nanti boleh ganggu diri sendiri. Saya hanya jadi diri sendiri," jelasnya.







Meskipun terbuka menerima komen netizen itu, Eyka bagaimanapun mengakui ada ketika emosinya terganggu.


Justeru langkah terbaik adalah dengan tidak membaca komen berkenaan dan menyekat pengguna media sosial yang keterlaluan.










"Lebih baik saya tidak membaca atau tutup sahaja ruang komen demi kesihatan mental. Bagaimanapun saya akan balas jika ada yang menegur secara baik.


"Jika ada yang keterlaluan dengan memberi kata-kata kesat atau melibatkan keluarga saya akan sekat terus," ujarnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2022 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni, kalau pandai jaga diri leklok, tak rempit, boleh je pancing kerabat yg elok. Lawa pun lawa.
Footballer yg kau kejar dik. Kang dah kertu, jadi mcm laki As Feminin tu. Gundu + miskin
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 6-10-2022 05:09 PM
Dia ni, kalau pandai jaga diri leklok, tak rempit, boleh je pancing kerabat yg elok. Lawa pun lawa.
...

Tp body tadok. Kaki pun bnyk peta lagi pengkah dan lidi. Bukanlah kutuk dia sbb dia dilahirkan begitu tiada pilihan. Tp kerabat nak yg serba serbi elok kot? Takat muka je elok ha.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 06:44 PM | Show all posts
dek eyka ni ckp jela trus terang. ke takot pcintaan patah di tgh jalan, tak nak mnggung malu kekdahnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.361894 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list