View: 4606|Reply: 43
|
VIDEO GHAIRAH : Zul Ariffin menyindir pihak tertentu sebagai ‘malaikat’
[Copy link]
|
|
Zul Ariffin ketika ditemui wartawan di luar Mahkamah Sesyen Sepang hari ini.
Pelakon jangan akur disuruh muat naik apa-apa – Zul Ariffin
SEPANG – Pelakon lelaki popular, Zul Ariffin menyindir pihak tertentu sebagai ‘malaikat’ apabila hanya dia seorang berdepan pertuduhan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini.
Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 36, berkata, beliau bagaimanapun tidak mahu memanjangkan kes tersebut dan telah pun mengaku bersalah di atas kesalahan memulakan penghantaran komunikasi iaitu video yang bersifat sumbang pada Mac lalu.
“Yang lain yang terlibat semua malaikat, saya seorang sahaja yang bukan, jadi sayalah yang mengaku, tidak mengapa.
“Kita semua lakukan kesilapan, sekurang-kurangnya jadikan pengajaran kepada pelakon-pelakon di luar sana jika disuruh muat naik apa-apa tidak perlu lah akur sangat. Jadikan saya sebagai contoh,”katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas prosiding di Kompleks Mahkamah Sepang di sini hari ini.
Hero J Revolusi itu berkata, salah beliau sendiri kerana memuat naik kandungan sedemikian di Instagram dan telahpun mengambil langkah berani untuk mengakuinya di mahkamah.
“Saya rasa lega. Saya tidak pernah masuk mahkamah namun alhamdulillah semuanya telah selesai. Alhamdulillah dengan pasukan, rakan yang hadir dan peguam-peguam beri nasihat juga sokongan. Saya sangant terharu.
“Pesanan saya, berhati-hatilah dengan godaan majikan dan sama ada drama tersebut tayang atau tidak tak tahulah, kena tanya ‘malaikat-malaikat’ yang berkarya lah. Jangan tanya saya, saya sudah kena denda,” ujar beliau.
Terdahulu, aktor berkenaan didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atau berdepan penjara sembilan bulan selepas didakwa memulakan penghantaran komunikasi iaitu video yang bersifat sumbang.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fazril Sani Mohamed Fadzil dan turut hadir Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) Mai Zairani Zainal Abidin manakala Zul Arifin pula diwakili peguam P. Sivaram dan M. Saresh.-KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... pa-apa-zul-ariffin/
|
|
|
|
|
|
|
|
Baca tajuk, trus iol mnyumpah dasar esbox xguna. Baca artikel, iol tarik blik la kata2 tu
“Yang lain yang terlibat semua malaikat, saya seorang sahaja yang bukan, jadi sayalah yang mengaku, tidak mengapa". |
|
|
|
|
|
|
|
halahhhh play victim plak dahhh |
|
|
|
|
|
|
|
ada rakan2 artis yang datang support dia kat mahkamah ke? org2 berkenaan kat production house tu ada datang bagi support kat dia x? xde pulak gambar2 depa. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengarah, script writer lps tangan
Selama ni pengarah2 tanahair ramai je buat soft porn dlm filem/drama |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi tak sangka si pengarah tu dah kertu2 dan menopos pun che pit masih berair lagi nak arahkan aksi2 berkenaan. Ingatkan selama ni dia korek2 pun kena apply pelincir home made pakai tepung ubi campur air panas. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak yg salah sebenarnye tp yg kne sorg je
Len kali leak pakai fake acc je |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun dia play victim.saya tak sokong perbuatan dia.tapi saya sokong kata kata jul ipin orang lain malaikat dia je jahat.director ?production? |
|
|
|
|
|
|
|
bukan budak bawah umur takleh nak beza mana elok mana tak elok..
orang lain pun berkarya jugak tapi tahu batasan hukum agama
tapi tak pelik pun kalau tengok pergaulan yg takde batasan |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu byk masalah dlm negara ni tk selesai sebb tak diselesaikan dari akar umbi, dlm kes ni dia pelakon yg didakwa sbb dia yg upload perkara sumbang tu..tp dlm kejadian sebenar tu kan ramai yg terlibat..kenapa tk kene sekali..at least warning blck list kpd pengarah and penerbit supaya perkara tk berulang. sekurang2nya kpd yg muslim yg terlibat sbb benda ni sah2 salah disisi agama. dah kenapa nak wat cerita2 daring mcm org puteh.. |
|
|
|
|
|
|
|
At the first place, nape ko setuju berlakon drama ala2 soft porn ni?ko pun salah jugak kan |
|
|
|
|
|
|
|
Setepek kt muka erma fatima
Padan muka. Sb dr mula kes ni meletop si nek erma tu mmg mmpk nk lepas tgn
|
|
|
|
|
|
|
|
Pttnye ko nsihat kat artis lain, jgn trlibat dlm pmbikinan filem birah.. Drama lucah.. Seperti saya... Kalau drama tu helok, biaq p la sape nk upload pn. Dh ko pn trima blakon cter softporn cmtu.. Adoiyai.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak menuduh acik erma ler tuuuuuu
drama ni bukan acik erma yg arahkan, dia penulis skrip & penerbit jurr
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by edoraixora at 4-10-2022 05:51 PM
tapi sayanglah kalau cerita ni tak boleh tayang
tengok teaser macam best jer...mimi lana heroin
potong babak kontroversi tu je lah, janganlah sampai kena banned
“Pesanan saya, berhati-hatilah dengan godaan majikan dan sama ada drama tersebut tayang atau tidak tak tahulah, kena tanya ‘malaikat-malaikat’ yang berkarya lah. Jangan tanya saya, saya sudah kena denda,” ujar beliau.
statement ni nampak sangat abejul tuju kt acik erma terpaling
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu pelik tu. Dia sorang je kena denda.
Patut the whole produksi.
Btw 1st wife setia disisi. |
|
|
|
|
|
|
|
mizruncing replied at 4-10-2022 03:49 PM
halahhhh play victim plak dahhh
No lah dia tak play victim. Dia hanya terkilan. Dia dah mengaku bersalahmpun. |
|
|
|
|
|
|
|
i rengsa dengan dia ni, tapi betul la apa yg dia cakap.
Mana aci dia sorang yg kena Production team taknak kena jugak ke |
|
|
|
|
|
|
|
kesian dia masa farid kamil masuk jail mamat ni support….
la ni leh le tgk mana kawan mana hawau…. |
|
|
|
|
|
|
|
turut bersimpati… kesian bamjul. xpatut yg lain lepas tangan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|