CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3135|Reply: 25

Drama Perempuan Itu Tetap Ditayangkan, Babak Ghairah Zul Ariffin Dipotong

[Copy link]
Post time 4-10-2022 03:19 PM | Show all posts |Read mode
Penerbit drama Perempuan Itu, Erma Fatima berharap hukuman yang dikenakan terhadap pelakon utama drama terbabit, Zul Ariffin dijadikan pengajaran buat semua.


Erma ketika dihubungi berkata, dia menganggap isu yang berlaku itu sebagai pesanan daripada Tuhan supaya lebih berhati-hati.




Foto: NST




"Bagi saya ini adalah pengajaran kepada semua orang, bukan saja untuk Zul tapi untuk diri saya, pengarah dan artis-artis lain.


"Saya percaya apa yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya. Mungkin ini juga pesan daripada Allah kepada kita semua," katanya.


Menurut Erma, walaupun drama terbabit berdepan kontroversi, namun drama arahan Ain Sharif akan tetap ditayangkan dan sedang melalui proses penyuntingan.


"Drama ini memang akan ditayangkan dan kami sedang menunggu tarikh tayangan. Kami juga sedang dalam proses penyuntingan.


"Bagi saya drama ini memang tiada masalah sebenarnya. Kita tak boleh terlalu cepat menghakimi hanya kerana satu video yang tular sampai mahu menghukum drama itu. Tak adil bagi saya," katanya.


Ditanya adakah adegan sumbang yang dimuat naik Zul di media sosial akan ditayangkan, Erma berkata, babak terbabit tidak akan dimasukkan.


"Memang tidak akan boleh keluar. Babak itu tak perlu kita hantar kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF) atau stesen TV sebab kita sudah tahu jawapannya," katanya.


Terdahulu, pelakon, Zul Ariffin atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin, didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang, hari ini, atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial pada 18 Mac lalu.


Zul membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.


Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Pada 18 Mac, Zul memuat naik babak ghairah dalam drama lakonannya berjudul Perempuan Itu di Instagram.


Video memperlihatkan Zul mendukung pelakon, Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.


Selain Zul dan Siti Hariesa, drama 30 episod ini dibintangi Mimi Lana, Eman Manan, Amar Asyraf, Amir Ahnaf,Erysha Emirates dan Iqbal Zulkefli. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2022 06:55 PM | Show all posts
iyolahhhh nanti iols sokong tengok ya acik patima
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
So ape perlu nak shoot babak tu kalau dah tau xkan lepas utk tapisan? Director, penerbit sama bengong. Kahkah
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Opportunist kau erma. Kesianlah kat zul jadi kambing hitam produser produser babi
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
virgocircus replied at 4-10-2022 07:02 PM
So ape perlu nak shoot babak tu kalau dah tau xkan lepas utk tapisan? Director, penerbit sama bengon ...

Dia salah channel kot, ingat nak tyg kan qiyi or viu or even netflix tp lupa lak tyg kat tv tiga suka suku…ada aritu kat insta kat merata alam lah promo drama si jasmin suraya jd ppn simpanan ke apa? Lagi teruk dia goda pelkn jntan tu (non moslem) hmmm tp gitu jelaa bising kat twidder je tp x hit tweet pown.. mcm x heran ummah2 konservetip sbb ntah siapa je plkn non moslem tu n lagi pon jasmin suraya kowttt..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapakah malaikat2 yang Zul cakap kat reporters tu agaknya

Anyway simpan je la drama ko tu acik.. baik iols bukak netflix tengok supergirl jah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2022 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
rosannazmia replied at 4-10-2022 07:45 PM
Dia salah channel kot, ingat nak tyg kan qiyi or viu or even netflix tp lupa lak tyg kat tv tiga s ...

wow drama apa yg jasmine suraya tu? iols suka lakonan jasmine suraya tapi taktau pulak dia ada scene yg daring jugak
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 09:31 PM | Show all posts
"Bagi saya drama ini memang tiada masalah sebenarnya. Kita tak boleh terlalu cepat menghakimi hanya kerana satu video yang tular sampai mahu menghukum drama itu. Tak adil bagi saya," katanya.


aiyo, mana boleh jawab ini maciam
bukan setahun dua dok Malaysia kaka oii. udah berjaman-jaman kan
kata buat cerita nak masuk tv Malaysia. kena la tau demografik populasi Malaysia ni camana. orang nya, agama rasminya, adat dan adabnya.

habih tu, kalau trailer dah serupa opening cerita lucah, adil tak kepada rakyat malaysia?

nope, its your responsibilities to do your homework,
its your responsibilities to overseer your product, whether they're acceptable or not
being in public mean, you can send messages. you could preach meaning to people.
dah tu trailer tu, message apa, meaning apa yang korang cuba sampaikan?
nope. the whole production bersalah. dari pelakon, pengarah, penulis skrip, penerbit, editor, everyone.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2022 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mokcik bg duit tak kat jul utk byr denda?sian dia promot drama tp sorg2 je byr denda 30k
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
hasniey replied at 4-10-2022 10:14 PM
Mokcik bg duit tak kat jul utk byr denda?sian dia promot drama tp sorg2 je byr denda 30k

Tak bagi lettewwww sbb tu si esbok tuh perli deyols semua malaikat esbok sorang je syaitonnnn katanye
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 12:28 AM | Show all posts
bila drama melayu nak buat drama ala2 zombie ke... squid game ke...
bohsannya layan soap opera cinta-kawin-curang-cerai
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ngam juga ZA kata yg lain Tu Malaikat Sebab Tu Dia je yg kena… pedas dan sedas Dia bagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
RoseLuna replied at 4-10-2022 09:14 PM
wow drama apa yg jasmine suraya tu? iols suka lakonan jasmine suraya tapi taktau pulak dia ada sce ...

Ada , ngn tiz tayang kan apps drama berbayor.. apa ke nama apps tu.. dia kisah penghuni kondo.. so mcm2 lah berlaku, tingkat ni org mcm ni rumah ni org mcm ni.. dia nye teaser promo mcm best esp scene daring tu. Tp punyala kejap je bising kt twitter sbb non moslem kan dua2
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 12:04 PM | Show all posts
so adil ke zul kena hukum sesorang

nak cakap adil pasal drama dia jer
boooooo.....acik erma
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 12:08 PM | Show all posts
Minta maap cakap la Timah eh.....nkau kemain bertutup litup, berzanji bergendadang bagai, tapi nkau tetap terlibat nak buat dan suruh pelakon2 nkau buat scene tu kan!  Sekurang2 nya julripin is a better person by mengaku...tak mcm nkau yang berselindung dibalik kelubung!  Keji!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 12:10 PM | Show all posts
Entah-entah ni semua permainan diorang je. Si nek Erma payung duit bayar denda, dengan syarat si Zul ngaku salah. Sama-sama bincang buat kisah bad talk masing-masing. Ingat, diorang ni semua pelakon drama, setakat nak cipta scene macam ni takdahal lah.

Sekadar mencipta konspirasi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
rosannazmia replied at 4-10-2022 07:45 PM
Dia salah channel kot, ingat nak tyg kan qiyi or viu or even netflix tp lupa lak tyg kat tv tiga s ...

Yg mimilana dgn mawar gst tu berlakon skali tu kn. Lupa pulak tajuk apa
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 12:28 PM | Show all posts
Kenapa i rasa abe jul di kambing hitam kan untuk create kontrovesri so that this drama will be a hit hmmmmmmm.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 05:15 PM | Show all posts
apa perlunya ada scene tu kak? kalau takde scene tu takde orang akan tengok ke? tak cukup gempak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 12:28 PM | Show all posts
rosannazmia replied at 4-10-2022 07:45 PM
Dia salah channel kot, ingat nak tyg kan qiyi or viu or even netflix tp lupa lak tyg kat tv tiga s ...

Vila Kristal ke uols? yg tayang dekat WeTV tu kan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.083723 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list