View: 2099|Reply: 17
|
Blogger 'Mat Salleh Cari Makan' Rhys William Hilang Di Hutan Kuala Tahan, Ditemui Selamat
[Copy link]
|
|
JERANTUT: Pengacara warga Britain, Rhys William James Woodfield yang juga merupakan penulis blog makanan “Mat Salleh Cari Makan” serta empat anggota keluarganya yang dilaporkan hilang sejak semalam ditemukan selamat di Kuala Tahan.
Isterinya, Haigbrown Woodfield, 30, sebelum itu telah membuat laporan polis mengenai kehilangan Rhys di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut, pada jam 1.30 pagi tadi.
Foto: Awani
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Mazlan Hassan berkata Rhys, 30, bersama empat anggota keluarganya melancong ke Kuala Tahan sejak 25 September lalu dan menginap di sebuah resort di Kuala Tahan sepatutnya pulang ke ibu negara petang semalam.
Bimbang dengan keselamatan mereka, isterinya telah melaporkan kehilangan Rhys bersama adik iparnya, Siaw Woodfield, 25, dan Owen Woodfield, 22.
“Turut serta melancong bersama mereka ke Kuala Tahan, iaitu bapa mertuanya, James Woodfield, 62, dan ibu mertuanya, Rachel Anne Woodfield, 60.
“Pada 27 September, kira-kira jam 11.30 pagi, mangsa bersama empat orang ahli keluarganya telah keluar daripada kawasan hutan hujan tropika itu dan sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur tetapi tidak dapat dihubungi oleh isteri mangsa,” katanya.
Mazlan berkata, isteri mangsa percaya lokasi terakhir suami dan keluarganya berada di kawasan Hutan Kampung Pagi, Ulu Tembeling.
“Setelah menerima maklumat, pihak polis terus bertindak segera dengan melakukan pencarian di Kampung Pagi melibatkan Pengusaha Eco Rimba Taman Negara Kuala Tahan dan Anggota Pondok Polis Kuala Tahan dari Kuala Tahan ke Kampung Pagi pada jam 2.30 pagi.
“Manakala anggota Pondok Polis Kampung Bantal membuat rondaan Dari Kampung Bantal ke Kampung Pagi pada jam 2.35 pagi,” katanya.
Foto: Awani
Katanya, operasi mencari dan penyelamat (SAR) dimulakan pada jam 8.00 pagi hari ini dan turut membuka pusat operasi pencarian pada jam 10.00 pagi di Balai Raya, Kampung Pagi yang disertai agensi lain.
“Operasi diteruskan, kesemua mangsa hilang ditemui dalam keadaan selamat di Kawasan Sungai Relok, Kampung Pagi, Ulu Tembeling Jerantut pada jam 1.10 tengah hari ini. Semua mangsa dibawa untuk pemeriksaan kesihatan di Klinik Kuala Tahan.
“Saya berterima kasih kepada penduduk kampung dan agensi lain yang turut serta dalam pencarian orang hilang dengan bertindak pantas dan cekap,” katanya.
Mazlan measihatkan pelancong menggunakan khidmat pemandu pelancong bagi mengelak tidak berlaku kejadian sesat dan kecelakaan di hutan. -CARI
Sumber: Awani |
|
|
|
|
|
|
|
Mamat ni dh lama gila duk msia...dh jd warganegara ke.
Tak keje ke dia, asyik merewang sana sini je..sorg lagi si kumar n bini ti, rasanya dh kat msia lama, tak koje ke si kumar tu |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 29-9-2022 03:12 PM
Mamat ni dh lama gila duk msia...dh jd warganegara ke.
Tak keje ke dia, asyik merewang sana sini je. ...
Kumar bukn dh balik ke uols
Pernh tersermpak dekat empire subang
Rasa dia buat duit degn buat content creator makan2 dekt malaysia
Tpi mcm lawak gak huuhuhuuu mesti ikut waze |
|
|
|
|
|
|
|
kejap.. btul2 sesat dlm hutan ke? atau tgh berseronok main air kat sungai tu? isteri contact x dpt.. dlm hutan ada line ke?
mamat ni dah brp lama duduk malaysia? |
|
|
|
|
|
|
|
Spy ke |
|
|
|
|
|
|
|
lyshafull replied at 29-9-2022 03:15 PM
Kumar bukn dh balik ke uols
Pernh tersermpak dekat empire subang
Rasa dia buat duit degn buat con ...
Haah..si kumar tu dh balik us, tp lama jgk kan diorg lakibinianak² duk merayap sana sini kt msia nih. Kt us pun dia mmg tak keje ke? Hidup dgn jd utuber je ke dari dulu?
Masa pkp suka jgk lah tgk, ni lama² jd menyampah pulak |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab: Mamat ni dh lama gila duk msia...dh jd warganegara ke.Tak keje ke dia, asyik merewang sana sini je..sorg lagi si kumar n bini ti, rasanya dh kat msia ...
dulu kaka pernah jumpa green beret masa bercuti luar dari malaysia. dia orang dapat job private contract army. dh habis contract duduk asean sebab low cost living and prefer view laut. tak mustahil juga dia orang ni special branch or cia. anak green beret tu cun lagi cun dari lobenak langsir
|
|
|
|
|
|
|
|
TabletSusu: kejap.. btul2 sesat dlm hutan ...
Ke saje buat content.... Ye la.. Semua pegi sane tp bini x pegi.... Ala2 diselamatkan plak... Iols tak penah caya kisah2 influencer ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Dok sini boleh terkenal disanjung. Dok negara sendiri jadi apa? |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 29-9-2022 03:40 PM
Haah..si kumar tu dh balik us, tp lama jgk kan diorg lakibinianak² duk merayap sana sini kt msia ...
kumar laki bini tu ada bgtau dorang keje kat salah satu video..yg iols igt kumar keje marketing, rachel keje bhg kanak2 kot |
|
|
|
|
|
|
|
Heols moslem ke ? Ke i slh org ? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mesmerize at 29-9-2022 04:45 PM
Rhys dah 10 tahun duk msia. Sejak 2012. Dia n anak dia masih warganegara british. Tapi dia bercadang nak duduk malaysia selama2nya. Dia kerja review tempat2 makan, review penginapan hotel etc. Pendek kata social media influencer lah.
Gitu ai tahu serba serbi pasal dia. Sebab ai follow fb dia semua dia ada bagitahu kat situ. |
|
|
|
|
|
|
|
dia guna visa apa dok msia |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 29-9-2022 03:58 PM
dulu kaka pernah jumpa green beret masa bercuti luar dari malaysia. dia orang dapat job private co ...
Kalau green beret sesat dalam hutan mmg nk buat kene gelak jelah |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu dia orang kalah dengan vietchong. sampai ada ex military komen vietchong tu level special elite forces. masuk behind enemyline. attack ambush run. operate 6-8 people. amerika pun kalah teknik perang begini.
masa perang vietchong america punya special force ada guna khidmat pasukan senoi praq malaysia. america tinggalkan anggota sampai anggota jalan kaki tembus dari vietnam ke border thailand. . benda ni memang ada dibukukan
https://www.astroawani.com/berit ... lent-killers-270284
|
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 29-9-2022 03:12 PM
Mamat ni dh lama gila duk msia...dh jd warganegara ke.
Tak keje ke dia, asyik merewang sana sini je. ...
Da balik da kumar fam tu masa Hari Msia. Cuma vlog diorg tak sync dgn masa diorg shoot. Tu dok ingat masih ada kat sini. Padahal da balik |
|
|
|
|
|
|
|
mesmerize replied at 29-9-2022 04:44 PM
Rhys dah 10 tahun duk msia. Sejak 2012. Dia n anak dia masih warganegara british. Tapi dia bercadang ...
Mat Dan aman2 jer kawin sini..jadi dj,ikon tganu lagi..tak abis2 puja orang luar.. |
|
|
|
|
|
|
|
makiting replied at 29-9-2022 03:28 PM
Spy ke
Dulu masa omputeh tganu tu mula famous aku terpikir gak lagu ni. Aku pikir buat per laaaa hang pi ajaq org luar byk sangat. Masa tu je la aku terpikir. Skrg aku positip je |
|
|
|
|
|
|
| |
|