View: 1167|Reply: 6
|
Pukul Dengan Batang Besi, Cikgu Belasah Pelajar Sampai Mati Sebab Salah Ejaan
[Copy link]
|
|
LUCKNOW: Polis India kini memburu seorang guru yang disyaki memukul seorang pelajar dari kasta rendah sehingga mati hanya kerana melakukan kesalahan ejaan.
Mangsa yang dikenali sebagai Nikhil Dohre didakwa dipukul dengan batang besi dan ditendang sehingga tidak sedarkan diri oleh suspek pada awal bulan ini.
Mangsa dipukul selepas gagal mengeja perkataan ‘sosial’ ketika dalam peperiksaan.
Foto: AFP
Pelajar berusia 15 tahun itu maut akibat kecederaan parah yang dialaminya kelmarin di hospital di negeri Uttar Pradesh.
Pegawai polis, Mahendra Pratap Singh memberitahu, pihak berkuasa giat memburu suspek sehingga ditangkap.
“Dia (suspek) boleh lari ke mana sahaja, namun kami tetap memburunya sehingga dapat,” katanya.
Dohre merupakan komuniti Dalit yang disifatkan kasta paling rendah di India.
Dalam pada itu, ratusan penunjuk perasaan turun ke jalanan bagi membantah perlakuan kejam itu selepas mendapat tahu mengenai kematian Dohre.
Penunjuk perasaan mendesak guru itu ditahan sebelum mayat pelajar tersebut dibakar dalam upacara pengebumian. – CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
Ticher @chzy sila mengadap
|
|
|
|
|
|
|
|
Jelas ya perbezaan kasta rendah India ni
Nasib India Malaysia tak main sangat kasta2 ni
Feeling pemilik kawasan lagi adalah |
|
|
|
|
|
|
|
Pastu kata Malaysia racist..?? |
|
|
|
|
|
|
|
salah eja 'sosial'? Dia eja 'so sial' ka... mungkin sengaja kot
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada ko jumpa tamil kawin dgn punjabi? Macam takde ja
|
|
|
|
|
|
|
|
kasta paling rendah pun, budak ni rupa lg elok dari geng2 sini |
|
|
|
|
|
|
| |
|