PUTRAJAYA: Malaysia akan membawa masuk 10,000 pekerja asing dari Sri Lanka bagi mengisi kekosongan pekerjaan dalam sektor yang dibenarkan menggajikan pekerja warga asing.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 September lalu.
Beliau berkata, ia mengambil kira
keadaan negara itu yang dilanda krisis ekonomi.
"Kerajaan Sri Lanka sudah mengemukakan permohonan rasmi untuk membekalkan tenaga kerja dan
memohon kuota sebanyak 10,000 pekerja.
"Ini antara usaha kerajaan untuk membantu Sri Lanka yang sedang berdepan krisis ekonomi terburuk di negara itu," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Justeru, Saravanan menggesa, pihak industri dan majikan untuk memberi sokongan kepada niat murni kerajaan dengan menggajikan pekerja warga asing dari Sri Lanka dalam sektor berkaitan.
Beliau berkata, majikan yang sudah diberi kelulusan kuota dan menyelesaikan bayaran levi boleh merebut peluang mendapatkan pekerja asing dari Sri Lanka itu.
Sementara itu, Saravanan berkata, sehingga 14 September lalu, bayaran
levi sudah dibuat bagi 416,634 permohonan pekerja warga asing.
Beliau berkata, majikan yang berminat, boleh terus menghubungi Bahagian Pengurusan Pekerja Migran KSM (oscksm@mohr.gov.my) atau Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (jtksm@mohr.gov.my) untuk
maklumat lanjut.
Pada April lalu, Majlis Pemulihan Negara (MPN) dilaporkan mahu proses kelulusan bagi permohonan mendapatkan pekerja asing, disegerakan bagi menampung keperluan mendesak terhadap tenaga kerja berkenaan.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan berkata, ia boleh dilaksana dengan mengurangkan kerenah birokrasi dan mempermudah serta menambah baik proses kelulusan permohonan itu yang diterima daripada industri.
Sebelum ini, Saravanan mengumumkan, penubuhan jawatankuasa khusus ditubuhkan Kementerian Sumber Manusia bagi menyegerakan proses kelulusan permohonan kuota pekerja asing yang masih tertangguh.
Beliau dilaporkan berkata, ia bertujuan membantu pihaknya dalam memenuhi keperluan sektor bukan pilihan warga tempatan yang berunsurkan 3D, merujuk pada sektor bahaya, kotor dan sukar, seperti perkilangan, pembinaan dan perladangan.
Kekurangan pekerja asing memaksa beberapa industri berdepan pelbagai masalah, termasuk hasil pertanian dan komoditi seperti sawit yang tidak dapat dituai mengikut jadual, selain banyak restoran dan kedai makan terpaksa mengehadkan waktu operasi berikutan tiada tenaga kerja.
Post time 21-9-2022 02:14 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku rasa la, walaupun sri lankans ni species kicap, they are waay better in terms of attitude, tahap kebersihan dan education....wayyy better than bangla...negara sri lanka pun bersih dan tak berdebu mcm india tu...
Post time 21-9-2022 04:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Yeah
Boleh cepat kaya kan recruitment agency
Antara menteri yang harus nama dia lenyap dari senarai menteri dan timbalan menteri bila kerajaan baru di bentuk selepas PRU 15
Post time 21-9-2022 04:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kalau depa ni buat onar kt rakyat marhaen...boleh tak kapla kapitalis(majikan depa) dan ahli parlimen dan menteri berkaitan(yg luluskan dan benarkan drng ni mai Msia) dipukul dgn selipar jepun...oleh mangsa???