CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 388|Reply: 0

[Kedah] 250 bekas komando 'imbau' kenangan pertahan negara

[Copy link]
Post time 18-9-2022 11:49 AM | Show all posts |Read mode

MAJLIS Reunion Zulu Skuadron Rejimen 21 Komando. FOTO Izad Thaqif Hassan

Alor Setar: Majlis pertemuan semula atau reunion bukan hanya dapat mengimbau kenangan, malah ia turut mengeratkan hubungan buat anggota Zulu Skuadron Rejimen 21 Komando.

Dengan ada antaranya sudah lebih empat dekad tidak bertemu, tempoh itu pastinya suatu jangka masa yang panjang, namun ia bukan penghalang buat seramai 250 bekas komando terbabit bersama ahli keluarga untuk terus menjalin persahabatan dengan hadir dalam majlis reunion yang diadakan di Restoran Anjung Kuala, dekat sini hari ini.

Biarpun kebanyakannya sudah menjangkau usia warga emas, namun 'tenaga' masing-masing dilihat masih gagah lebih-lebih lagi apabila dapat bertemu semula sahabat yang terpisah sejak sekian lama.
Artikel Berkaitan
• Pertemuan selepas 40 tahun
• Berkayak untuk lepaskan rindu
• Berani beret hijau
• Kudung jadi bukti

Setiausaha Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Majlis Reunion Zulu Skuadron Rejimen 21 Komando, Zailani Aziz berkata program dianjurkan itu bagi menemukan kembali veteran perang komando zaman era komunis yang terpisah selepas sekian lama sejak menamatkan perkhidmatan.

"Bagi mengimbau memori zaman bertempur dengan pengganas komunis di mana ramai rakan seangkatan terkorban dan cedera demi mempertahankan tanah air, mereka dipertemukan semula.

"Majlis ini sekurang-kurangnya dapat mengingatkan kembali jasa mereka yang membolehkan semua rakyat Malaysia hidup dalam aman serta damai kini," katanya ketika ditemui pada majlis reunion terbabit hari ini.

Zailani berkata, majlis yang diadakan selama dua hari itu sudah dirancang sejak tiga bulan lalu dengan kehadiran semua peserta dari seluruh negeri kecuali Sabah dan Sarawak kerana faktor kesihatan.

"Majlis berlangsung meriah dan kita mengatur penginapan serta kenderaan untuk menjemput serta menghantar peserta dengan mengambil kira faktor kesihatan dan keadaan mereka.

"Ada antara peserta yang terpisah hampir 40 tahun lalu sanggup hadir kerana masih di beri nafas dan kekuatan oleh Allah SWT untuk meneruskan hidup dan mengambil kesempatan itu untuk bertemu rakan seperjuangan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gan-pertahan-negara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.214513 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list