CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 540|Reply: 1

Lelaki Bertuah, Jumpa 50 Butir Berlian Dalam Masa Setahun

[Copy link]
Post time 17-9-2022 11:50 AM | Show all posts |Read mode
DIERKS, ARKANSAS – Seorang lelaki dari negeri Arkansas, Amerika Syarikat ternyata memiliki tuah apabila menemui berlian ke-50 di sebuah taman negeri awal bulan ini, lapor akhbar New York Post.


Scott Kreykes, menjumpai 50 butir berlian sepanjang tahun ini di kawah taman  Crater Diamonds State Park.


Berlian yang dijumpai oleh Kreykes pada bulan ini menjadikan penemuannya sebagai berlian ke-35,000 yang ditemui dan didaftarkan di taman berkenaan, demikian menurut kenyataan akhbar dikeluarkan Taman Negeri Arkansas.




Foto: New York Post




Bagi sepanjang empat tahun lalu, Kreykes telah menemui dan mendaftar lebih 80 permata  berharga tersebut di taman yang sama.


Ketika menemui berlian itu awal bulan ini, dia sedang menapis  kotoran di kawasan pencarian berlian dan membuat keputusan untuk membawa pulang batu kerikil yang ditapis untuk melihatnya dengan lebih teliti.


Garis panduan taman itu membenarkan pengunjung untuk membawa pulang sebaldi kerikil yang ditapis setiap hari, kata kenyataan akhbar  sama.


Semasa meneliti kerikil di rumahnya, Kreykes menemui sebutir berlian kecil dan pada 6 September lalu, dia membawa mineral itu ke Pusat Penemuan Berlian taman tersebut untuk mendaftarkannya secara rasmi.


Kakitangan taman mendaftarkan mineral berharga itu sebagai berlian putih empat mata.


Berlian yang lebih kecil daripada satu karat ditimbang dalam unit mata, dengan 100 mata bersamaan dengan satu karat, kata kenyataan akhbar itu.


Kreykes turut diberitahu bahawa ia adalah berlian ke-35,000 yang ditemui di taman berlian berkenaan sejak ia dibuka pada 1972. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2022 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa bertuah. Ni memang profesional diamond hunter kot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:53 PM GMT+8 , Processed in 1.827716 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list