CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 360|Reply: 0

[Kedah] CCTV 'kantoikan' penjenayah, dicekup selepas 8 jam samun kedai emas

[Copy link]
Post time 17-9-2022 11:14 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA barangan dirampas termasuklah kemeja T dua suspek yang ditahan, dua gelang emas dan wang tunai. FOTO ihsan PDRM

Alor Setar: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menyebabkan dua penjenayah kantoi apabila ditahan polis lapan jam selepas melarikan tiga utas gelang emas di sebuah kedai emas di kawasan Tandop, di sini semalam.

Kedua-dua suspek berusia 24 tahun yang dicekup jam 8 malam tadi selepas berjaya dikesan dan ditahan di kawasan perumahan Perwaja Gurun, Kuala Muda.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, dua lelaki tempatan itu berjaya ditahan anggota risikan operasi Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar berdasarkan maklumat dan risikan yang diperolehi.


Beliau berkata, suspek pada mulanya berpura-pura membeli barang kemas di kedai emas berkenaan kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

"Namun kedua-dua suspek terbabit bertindak melarikan diri bersama tiga utas gelang emas dari premis berkenaan dan dipercayai menaiki sebuah kereta jenis Proton X50," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Shukri berkata, jenayah itu dirakam CCTV yang dipasang di premis perniagaan itu dan susulan itu pasukan operasi Bahagian Siasatan Jenayah yang terdiri daripada dua pegawai kanan dan 10 anggota itu berusaha mengesan suspek.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat diperolehi dan risikan yang dilakukan, kedua-dua suspek mereka kemudian ditahan di kawasan taman perumahan Perwaja Gurun.

"Polis turut merampas dua daripada tiga gelang emas yang dipercayai dilarikan dalam kejadian itu bersama sejumlah wang tunai.

"Kedua-dua suspek kemudian dibawa pulang ke IPD Kota Setar untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... am-samun-kedai-emas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.056189 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list