Sumber IG
Mengalami masalah 'eyebag' dan 'dark circle' yang agak ketara, pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime mengakui hilang keyakinan diri.
Menerusi perkongsiannya di TikTok, ada segelintir netizen yang menegur masalah bawah mata dialaminya itu menyebabkan dia kelihatan lebih berusia.
Mengalami masalah itu sejak di bangku sekolah lagi, Atikah mula rasa rendah diri apabila menerima komen sedemikian daripada netizen.
"Sekadar ingin jelaskan, eyebag ni dari waktu sekolah. Bila kurang lighting dan make up, akan nampak ketara.
"Terima kasih bagi saya rasa insecure dan rasa buruk," katanya.
Atikah turut menjelaskan, kebiasaannya dia akan menjalani rawatan khusus untuk mengurangkan masalah bawah mata namun belum berkesempatan kerana baru sahaja selesai menjalani penggambaran.
"Setiap berapa bulan saya akan inject bawah mata untuk kasi tak nampak. Tapi, saya baru habis shoot, tak sempat pergi inject. Itu yang nampak lagi," katanya. - CARI
|