CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 280|Reply: 1

[Pulau Pinang] 688 dron tarikan ambang Hari Malaysia di Padang Kota Lama

[Copy link]
Post time 16-9-2022 01:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 16-9-2022 01:46 PM

688 dron tarikan ambang Hari Malaysia di Padang Kota Lama

Siti Aminah Mohd Yusof - September 16, 2022 @ 11:45am bhnews@bh.com.my






GEORGETOWN: Kongres Teknologi Dan Inovasi Dunia 2022 (WCIT 2022) menutup tirainya dengan pertunjukan 688 dron memenuhi ruang udara sebagai acara kemuncak berlangsung di Padang Kota Lama, malam tadi.

Acara bersempena sambutan ambang Hari Malaysia itu menyaksikan dron berkenaan diterbangkan kira-kira lima minit membentuk beberapa formasi seperti lakaran peta Malaysia, kereta dan logo Persatuan Teknologi Nasional Malaysia (PIKOM) selaku penganjur.

Suasana turut dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api menyaksikan lokasi di sekitar pusat bandar bermandikan cahaya selama enam minit selepas kiraan detik jam 12 tengah malam menjelang Hari Malaysia.

Terdahulu, Pengerusi PIKOM, Dr Sean Seah, berkata penganjuran WCIT 2022 dilihat telah mengurangkan jurang teknologi di antara Malaysia dan beberapa negara maju di dunia.

"Lebih 4,000 delegasi dari lebih 60 negara menghadiri acara selama tiga hari ini, sekali gus menarik peluang pelaburan melalui pertukaran dokumen dan memorandum persefahaman (MoU) membabitkan beberapa syarikat besar dalam arena teknologi dan digital global.

"Pelaburan ini disasarkan untuk meningkatkan lagi kemajuan teknologi Malaysia ketika negara berusaha merapatkan jurang pencapaian di Asia Tenggara," katanya dalam ucapan penutupan.

WCIT 2023 edisi ke-27 akan mengambil tempat di Kuching, Sarawak pada tahun hadapan, menjadikan Malaysia negara pertama di Asia menjadi tuan rumah sebanyak tiga kali sejak diperkenalkan pada 1978.

















Langit sekitar bandar raya Georgetown berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) bersinar dengan cahaya lebih 600 dron bersempena penutupan Kongres Inovasi dan Teknologi Dunia (WCIT) yang turut menyambut ambang Hari Malaysia berlangsung di Padang Kota Lama ketika dirakamkan di Butterworth. Dron terbabit terbang ke langit kira-kira lebih lima minit dan disusun untuk menayangkan perkataan PIKOM (Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia), diikuti peta Malaysia serta beberapa bentuk lagi. NSTP/Danial Saad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2022 01:46 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.055334 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list