CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 210|Reply: 0

[Pulau Pinang] Keputusan empat ADUN Pulau Pinang pinda saman 6 Oktober

[Copy link]
Post time 14-9-2022 07:57 PM | Show all posts |Read mode
Keputusan empat ADUN Pulau Pinang pinda saman 6 Oktober

14 September 2022 07:20pm




GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 6 Oktober untuk keputusan sama ada membenarkan permohonan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk meminda saman pemula (OS) mereka bagi menghalang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang daripada meluluskan usul untuk mengosongkan kerusi mereka.

Pesuruhjaya Kehakiman Azizan Md Arshad menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat hari ini berhubung permohonan ADUN tersebut.

"Keputusan itu akan disampaikan melalui e-mel kepada kedua-dua pihak pada 6 Oktober, dengan e-semakan untuk arahan lanjut berkaitan OS, memandangkan kedua-dua peguam berpejabat di Kuala Lumpur," katanya.

Semasa prosiding, peguam Datuk D. P. Naban, yang mewakili ADUN tersebut berkata permohonan itu difailkan atas alasan undang-undang antilompat parti negeri itu tidak mengikut perlembagaan.

"Ia melanggar kebebasan bersuara mereka kerana jika mereka bersuara secara berbeza, mereka mungkin dipecat daripada parti mereka dan terpaksa mengosongkan kerusi di bawah Perkara 14A(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang,” katanya.

Sementara itu, peguam Surendra Ananth, yang mewakili defendan (Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (DUN) dan Speakernya Datuk Law Choo Kiang) memberitahu mahkamah bahawa jika pindaan OS itu dibenarkan, ia akan melambatkan lagi kes dan pendengaran OS.

Beliau berkata permohonan itu sebagai taktik untuk melengahkan kes.

Pada 2020, empat ADUN - Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang) - memfailkan OS terhadap kedua-dua defendan itu untuk mencabar perlembagaan Perkara 14A(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, dan menghalang empat kerusi berkenaan daripada diisytiharkan kosong, menurut Perkara 14A(1).




Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa seseorang ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya jika telah dipilih sebagai calon parti politik, beliau meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih selain sebagai calon parti politik, menyertai parti politik lain.

Pada 12 April lepas, Azizan membenarkan permohonan defendan untuk merujuk ke Mahkamah Persekutuan bagi memutuskan keperlembagaan undang-undang antilompat parti negeri itu.

DUN Pulau Pinang dan speaker mahu Mahkamah Persekutuan memutuskan persoalan sama ada Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah tidak sah kerana tidak konsisten dengan Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kebebasan berpersatuan.

Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan pada 3 Ogos memutuskan bahawa Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah sah kerana ia konsisten dengan Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan. - Bernama


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.134090 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list