CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1515|Reply: 12

Lima Hari Tayang, Abang Long Fadil 3 Berjaya Kutip RM10 Juta

  [Copy link]
Post time 13-9-2022 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Filem Abang Long Fadil 3 mendapat sokongan padu kaki wayang apabila meraih kutipan sebanyak RM10 juta dalam tempoh lima hari sejak ditayangkan bermula Khamis lalu.


Pengarahnya, Syafiq Yusof atau nama penuh, Mohd. Syafiq Mohd Yusof, menzahirkan rasa syukur atas penerimaan ramai yang meninggalkan pelbagai komen positif dalam laman maya dan hebahan mulut ke mulut.


Foto: IG




“Saya sangat berbesar hati apabila dimaklumkan ada yang menonton lebih sekali selain turun ke panggung beramai-ramai dengan kawan dan ahli keluarga.


“Sokongan semua pihak terhadap Abang Long Fadil 3 terutama ketika banyak dugaan ditempuhi pembikin filem ketika melalui fasa pandemik sangat saya hargai.


“Ternyata kos sebanyak RM6 juta dengan menambah ramai pelakon hebat bagi memantapkan lagi francais ketiga ini cukup berbaloi.


“Saya harap ramai lagi akan hadir menyaksikan filem yang sarat aksi serta padat elemen komedi. Anda pasti berpuas hati,” katanya kepada Kosmo! Online.


  



Naskhah terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw tersebut berkisar gelagat Fadil lakonan Zizan Razak sebagai ejen perisik Perkhidmatan Rahsia Negara (NSS) yang cuba menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han (Johan).


Dalam misinya, Fadil yang diburu King Cobra (Datuk AC Mizal) bekerjasama dengan ejen jelita, Alice (Elizabeth Tan), namun mereka berhadapan pula masalah sebaik bekas kekasih Fadil (Tania Hudson) muncul.


Pada masa sama, Syafiq mengakui debarannya baru memandangkan pihaknya perlu meraih sekurang-kurangnya tiga kali jumlah kos pembikinan supaya pulang modal.




  



“Pastinya peningkatan catatan kutipan harian ini menunjukkan tanda positif, namun sudah tentu kita harapkan jumlah ini terus naik. Sekurang-kurangnya dapat balik modal,” katanya.


Selain Zizan, Johan, AC Mizal, Elizabeth dan Tania, filem tersebut turut menampilkan Maya Karin, Shuib Sepahtu, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Hairul Azreen dan Siraj Alsagoff.




  



Sebelum ini, filem Abang Long Fadil 3 dilaporkan mencatat kutipan mencecah RM1.2 juta dalam sesi ‘sneak preview’, pada Rabu lalu.


Abang Long Fadil 3 adalah idea asal Syafiq yang menghasilkan Abang Long Fadil 1 dan Abang Long Fadil 2.


Sekuel kedua francais ini mencatat sejarah sebagai filem tempatan pertama meraih kutipan pecah panggung lebih RM18 juta ketika ditayangkan pada 2017. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2022 11:02 AM | Show all posts
Alhamdulillah.
harap kluar kat netfix. Xdan nak pg memayang udah kertuekk ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 11:05 AM | Show all posts
tahniah... tapi iols memang malas nak pegi tengok kalau heronya si keropok losong kertu fefeeling hensem walaupun dah nak menopos... agittewww... lebih rela tengok filem animasi kartun ke atau pasal binatang macam live action lion king... lagi berair tengokkk telur simba bergayut kiri kanan kata acik2...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 03:09 PM | Show all posts
Pada aku tak berapa menangkap macam yg No.2 tapi tak la bosan cuma terlampau ramai cameo..
nanti la klu rajin aku review ni tgh ada keghojer...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm biasa2 je kali ni... Tgklah, kalau rajin pi tgk
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Pilem zizan dua sekali kuar ye, satu lagi Juang tu.
Kat group movie ade yg review cite Juang tu bagus tp tak ramai yg g tengok.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2022 05:09 PM | Show all posts
Johan ni kalau berlakon, dlm kontrak dia kena ada bini dia sekali ke?
X tgk lagi. Tapi Trailer la, fighting mcm cerita jet li. Fuwire kata org.
Kalau main kat atsro aku tgk le. Itupun kalau free, kalau bayar x der la aku tgk.
Anyway good effort.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi sekrg mmg trend org berhibur ka .semua puluh2 juta aih .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2022 05:16 PM | Show all posts
Dah tengok
Cliche sangat lawak2 diorang especially part Johan & AC Kiok
Johan sama mcm watak Cina yg dia suka sangat buat masa kat Era & AC Kiok mcm tak berkembang langsung watak dia dari dulu sampai sekarang. Mcm sama aje. Nampak bodoh sangat ok AC dlm movie tu. Dia ingat lawak lah tu buat aksi2 macam sepastik tu
Pujian harus diberikan pada Tania Hudson. First time aku tengok dia betul2 berlakon ada karakter. She can do it sebenarnya tapi jarang diberi peluang berlakon
Pada aku movie ni so-so aje. Best lagi ALF2 pada aku
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 05:19 PM | Show all posts
best ke chuols
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam best...tapi pelakon pulak semua daku tak minat LOL btw tahniah 10 jothaaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Lavender_Violet replied at 13-9-2022 05:16 PM
Dah tengok
Cliche sangat lawak2 diorang especially part Johan & AC Kiok
Johan sama mcm watak Cina yg ...

Hahahaha tergelak baca part bodoh sgt LOLL
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 03:04 PM | Show all posts
Meolss rasa jumlah kutipan tu propa jahhh strategi marketing nak suruh org tengok..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-2-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.073066 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list