CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 0

[Pulau Pinang] Padah kerja tanpa dokumen sah

[Copy link]
Post time 10-9-2022 06:27 PM | Show all posts |Read mode
Padah kerja tanpa dokumen sah

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI 10 September 2022 02:12pm






Tiga warga Myanmar yang merupakan pekerja sangkar ikan ditahan kerana tiada pengenalan diri yang sah.




GEORGETOWN - Tiga pekerja sangkar ikan warga Myanmar ditahan sepasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Pengarah Maritim Malaysia Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, kesemua warga asing itu ditahan dalam Op Pertiwi pada jam 6.05 petang, Jumaat.

Menurutnya, pekerja sangkar yang ditahan itu berusia lingkungan 24 hingga 26 tahun.

"Anggota penguat kuasa bot ronda Maritim Malaysia telah melakukan pemeriksaan ke atas sangkar ikan PP-S72 di kedudukan 0.4 batu nautika tenggara Batu Maung petang semalam ketika melaksanakan Op Pertiwi.

"Hasil pemeriksaan, lesen kultur laut sangkar tersebut telah tamat tempoh dan disyaki lesen palsu. Kita turut menahan tiga pekerja warga Myanmar kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah serta permit kerja," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.


Sangkar ikan yang diserbu oleh anggota penguat kuasa Maritim Malaysia Pulau Pinang pada petang Jumaat.





Tambah beliau, semua yang ditahan dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

"Kes akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985 kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah dan lesen sangkar ikan tamat tempoh.




"Maritim Malaysia menasihati pemilik sangkar ikan agar mematuhi peraturan dan undang-undang sedia ada bagi mengelakkan sebarang tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa," katanya.

Beliau berkata, sebarang aduan salah laku jenayah maritim di laut atau sebarang kecemasan, orang awam boleh menghubungi hotline Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau talian kecemasan MERS 999.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.348436 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list