CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 365|Reply: 1

[Perlis] Tiada cadangan wujud semula laluan bebas di Wang Kelian

[Copy link]
Post time 6-9-2022 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Padang Besar: Kerajaan tidak merancang untuk membuka semula Zon Aliran Bebas (free flow) di pintu sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian, Perlis yang dimansuhkan sejak 2015.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pada masa ini, keutamaan pihaknya adalah untuk memastikan kegiatan jenayah yang boleh menyebabkan sempadan negara dibolosi secara haram dapat dibanteras dan dikurangkan.

"Cara yang paling baik adalah kena pastikan rancangan atau 'masterplan' perlu ada bagi mengatasi masalah jenayah seperti penyeludupan dadah, barangan kontraban dan pemerdagangan manusia supaya masalah ini tidak berterusan timbul di masa hadapan dan ini bukan hanya terhad kepada Wang Kelian sahaja.


"Banyak lagi kawasan sempadan antarabangsa di seluruh negara dan bukan sahaja di Wang Kelian. Jika saya ke Perlis, orang tanya Wang Kelian dan jika ke Sarawak dan Sabah, orang tanya pintu sempadan negeri. Semua ada masalah sama," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Mekar bersama Masyarakat Siam di Pusat Latihan Penjara (PULAPEN) Pusat Koreksional Perlis, Kok Klang, Chuping, di sini, hari ini.


HAMZAH menyampaikan dokumen pengenalan diri dan surat keputusan Permohonan Kewarganegaraan kepada masyarakat Siam pada Program Mekar Bersama Masyarakat Siam di Pusat Latihan Penjara (PUSAPEN), Pusat Koreksional Perlis. FOTO BERNAMA

Katanya, disebabkan itu penekanan bukan hanya dari segi kekuatan fizikal sebaliknya penentuan aset mengikut teknologi canggih yang ada pada waktu ini.

"Tujuannya adalah untuk pastikan semua pintu masuk dapat dipantau termasuk di Wang Kelian serta bagi memastikan tidak timbul masalah di tempat lain berkaitan rentas sempadan ini.

"Kita tidak mahu sekiranya zon aliran bebas diwujudkan semula di Wang Kelian ini, wujud masalah lain," katanya.

Beliau berkata, apabila wujud perancangan komprehensif terhadap rancangan ini maka ia perlulah dipatuhi oleh semua pihak.

"Bagaimana hendak beri ruang dan peluang untuk orang Perlis buat perniagaan di Wang Kelian maka kita kena patuhi undang-undang yang ada iaitu keluar dan masuk ke dalam dan luar negara perlu mempunyai dokumen yang sah seperti pasport.

"Perkara ini harus kita faham dan fikirkan kerana ini bukan hanya membabitkan Wang Kelian sahaja tetapi seluruh negara dan menjaga keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama dan bukan sahaja orang Perlis sebaliknya seluruh negara," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... wang-kelian-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2022 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah ke Wang Kelian Siam dulu2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.082555 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list