CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2760|Reply: 28

Nas-T 'Koyak' Seminggu Jalani Latihan Komando

[Copy link]
Post time 1-9-2022 07:21 PM | Show all posts |Read mode
Aktiviti lasak bukan sesuatu yang asing buat teraju utama filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, Nas-T.


Namun, cabaran membuatnya 'koyak' sepanjang seminggu menjalani latihan komando di Kem Jugra, Banting sebagai persiapan sebelum memasuki lokasi penggambaran filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See itu.




IG Nas-T




Bukan hanya Nas-T, malah rakan pelakon lain turut mengalami perkara sama biarpun latihan komando hanyalah 20 peratus daripada latihan sebenar.


Kongsi Nas-T, sepanjang lebih seminggu berada di kem latihan itu, mereka memulakan latihan seawal jam 6 pagi sehingga matahari terbenam.


"Saya aktif bersukan dan gemar ke gimnasium, jadi saya cukup bersemangat apabila diberikan watak Kapten Adib.


"Sedikit sebanyak latihan di gimnasium membantu saya ketika menjalani latihan sebagai komando Pasukan Khas Udara (PASKAU).


"Bagaimanapun, latihan yang perlu ditempuh untuk bergelar komando bukanlah mudah, latihannya amat susah. Walaupun latihan diberikan kepada kami hanya 20 peratus tetapi jujurnya saya 'koyak'.




IG Nas-T




"Hari pertama kami diajar ciri-ciri keselamatan, manakala hari kedua mengendalikan pistol, diikuti dengan raifal pada hari ketiga.


"ada hari keempat kami berlari sambil menembak dan seterusnya, perlu mengikuti peperiksaan sebelum dibenarkan bergelar komando," katanya kepada BH Online.


Walaupun terpaksa menjalani latihan berat, Nas-T atau nama sebenarnya, Nas Muammar Zar Nasruddin berkata, dia seronok kerana watak Kapten Adib sudah lama diimpikan.


Selama ini, katanya, dia juga membesar dengan menonton filem aksi.


"Seronok membawakan watak Kapten Adib walaupun latihan dan penggambaran filem amat berat sehingga mendatangkan kecederaan kepada tubuh badan.


"Saya hanya diberikan watak budak jahat selama ini. Apabila ditawarkan watak anggota tentera udara tentunya saya tidak fikir panjang dan terus bersetuju.


"Karakter Kapten Adib sudah lama diimpikan sejak awal kerjaya lagi. Kalau boleh saya ingin terus menjadi Kapten Adib. Saya akui, sukar meninggalkan karakter ini kerana saya masih merasakan diri komando walaupun penggambaran sudah selesai," katanya.


Nas-T mendedahkan, perkara paling ditakuti adalah sakit dan kecederaan kerana enggan menyusahkan pihak produksi sepanjang hampir tiga bulan menjalani penggambaran pada 2019.


Ini kerana katanya, keadaan di Kota Belud, Sabah yang lembap dan hujan hampir setiap masa menyebabkan pelakon dan kru berisiko ditimpa demam.




IG Nas-T




"Tentunya saya paling takut tercedera terutama menyebabkan patah tulang. Alhamdulillah, saya tidak mengalami kecederaan serius, hanya tangan berlubang kerana terkena benda tajam.


"Saya gusar tidak dapat meneruskan penggambaran jika berdepan kecederaan serius sehingga menyusahkan pihak produksi. Jadi, saya sangat berhati-hati," katanya yang turut menjaga pemakanan bagi memastikan tubuhnya kelihatan menarik dalam skrin.


Nas-T berkata, dia mengamalkan diet dengan menjamah dada ayam, sayur brokoli rebus dan beras perang selama dua bulan sebelum penggambaran.


Katanya, walaupun tertekan melihat rakan lain menikmati makanan enak tetapi dia sanggup mengorbankan nafsu makan demi ingin kelihatan elok dalam skrin.


"Agak mental juga melihat orang lain makan nasi lemak dan mi goreng, tetapi saya berusaha menjaga makan dengan meminta isteri menyediakan menu diet daripada bahan yang boleh dimakan.


"Ketika penggambaran, pihak produksi membantu menjaga makan minum saya mengikut diet yang diamalkan," katanya.


Selain Nas T, filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa turut dibintangi Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As'ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.


Filem yang bakal menjengah pawagam di Korea Selatan, Jepun dan Taiwan itu mengutip RM8 juta dalam tempoh empat hari ditayangkan di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam sejak minggu lalu.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2022 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai ckp dia berlakon best dlm air force ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpak biasa je
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
banding ngan shaezy sam…nak dpt job baru sibuk nak kurus….nasty ni relax je macho….
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 10:48 PM | Show all posts
heshe masih jadi dj lagi, kah?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm malay ed westwick sgt mamat ni makin tua makin herlok esp gambo depan heli ke apa ke nama heli tu..check bones mahai serupa ed
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2022 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Btl mmg dia slalu dpt wtak jahat je manjang haha awat xjoin je perarakan merdeka ritu kalu smngat sgt xleh tgl wtak kapten tu.. Ada paskau kan dlm parade tu.. Ptut pelakon2 ni selit sekali.. Barula mantap promo bosskurrrr
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2022 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang best nas-t dalam airforce. Macam watak beto dalam mat kilau camtu la role dia dalam air force. Pablo pun mantap. Paling kayu eman hakim, camana la dia boleh cast airforce
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2022 07:40 AM | Show all posts
#asalbukanhairulazreen
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2022 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 1-9-2022 07:51 PM
Ramai ckp dia berlakon best dlm air force ni..

Bkn dlm airforce jah. Dia ni mmg best berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2022 07:49 AM | Show all posts
rindu zaman dia berlakon Dunia baru
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2022 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Redmyvi replied at 2-9-2022 07:49 AM
rindu zaman dia berlakon Dunia baru

abu dlm cite kami pn best
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2022 08:42 AM | Show all posts
asal bukan hairul azreen.
saya akan hadir menonton diwayang
HAHHHAHAHHaha
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2022 08:47 AM | Show all posts
iluma replied at 2-9-2022 08:42 AM
asal bukan hairul azreen.
saya akan hadir menonton diwayang
HAHHHAHAHHaha

sama pemikiran cam aku
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2022 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
nellyberry replied at 2-9-2022 07:40 AM
#asalbukanhairulazreen

Paskal tu sampai skrg aku tak tengok sbb kekrul berlakon. Nast ni berlakon best tp tula mmg slalu dpt watak jahat. Btw suka tgk family dia. Tita tu pandangan mata iolls cantik. Anak2nya comel betholll
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2022 09:06 AM | Show all posts
heshe pernah menjadi crush iols dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2022 09:09 AM | Show all posts
herlok la dia ni pndai bini dia jaga hehehee
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2022 09:14 AM | Show all posts
Zaien replied at 2-9-2022 09:09 AM
herlok la dia ni pndai bini dia jaga hehehee

hairul azreen pun pandai bini dia jaga jugak.
hehehee
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2022 09:16 AM | Show all posts
Ye dia belakon best. dalam air force pun best jugak. no kayu kayan. Macho pun macho. boleh bagi watak2 mcm ni lagi kat dia. watak2 lain pun rasanya dia boleh tapau je. bagi watak hero pun okeh. jangan dok bagi kat muka2 lemau acah2 ganas utk filem2 mcm ni...tak mau peginya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2022 09:18 AM | Show all posts
tuttt replied at 2-9-2022 12:56 AM
Paskal tu sampai skrg aku tak tengok sbb kekrul berlakon. Nast ni berlakon best tp tula mmg slalu  ...

Janganlah tengok paskal tu sis.. menyumpah je nanti. mutu lakonan hauk..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.052007 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list