Keputusan sama ada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad akan dipanggil untuk membela diri atau dilepaskan atas pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad akan diketahui esok.
Tarikh itu ditetapkan Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob yang akan menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu.
Mahkamah menetapkan tarikh untuk keputusan itu pada Jumaat ini selepas selesai mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada 24 Jun lalu.
Foto: theedgemarkets
Pada hari tersebut, sekiranya wujud prima facie terhadap kes pendakwaan, Bung Moktar dan Zizie Izette akan diperintah membela diri, manakala jika sebaliknya mereka akan dilepas dan dibebaskan.
Pada 17 Mei lalu, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 30 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula pada 2 Januari 2020.
Bung, 64, didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Zizie, 44, pula berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya. -CARI
Post time 1-9-2022 07:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sebelum ke dalam, pandai sheols menabung duit hasil kes tu kat muka
Esok ke dalam sheols boleh fefeling jadi Piper chapman. Kakmah pulak boleh jadi red
Harap2 lepas ni, jangan la bn menang pru...kalau bn menang, banduan yg kena 12 dan 10 tahun ni akan benas...dan seterusnya buat hal yg sama sebelum 2018...
Post time 1-9-2022 11:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Dolmat at 1-9-2022 11:30 PM
Alahhhhh banyak lah masuk jel.. 10 tahun ke 20 tahun ke takde hal.. malam keluar balik umah... Jail pun bukan macam rakyat biasa punya jail duduk ramai2 kannnnn
Nham22 replied at 1-9-2022 09:02 PM
Harap lekatla kes ni ke bung mokhtar... Meluat laaa.. Rakyat sabah ramai yg miskin.. Die mewah giler ...
Tu org Sabah mudah dengki. Heol mampu bawak isteri sering jalan2 Paris, tak haddap nasi lemak kat Mesia. Kat Paris lagi bes, order ngan kawan baik si CahayaKM tu. Uol mampu?!!
Post time 2-9-2022 10:09 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Artis yang kawin menteri ni memang byk yang suka menunjuk.. lepas tu kata berkat buat baik kat ibu, tahjud la.. then asyik meeting biz je memanjang padahal they were nothing before. Aku tak blh hadap sikap menunjuk ni, mostly bini first relaks je .. contoh syella kamaruddin yang kawin dengan pak wan kereta terbang tu. Jam pun richard mille. Rumah byk , siap cakap ni rumah anak la kan.. berkat biz. Siapa la nak bagi biz kat dia if dia bukan isteri menteri. Pak wan tu chairman boustead now. Hari tu syella ni tunjuk dapat hadiah kereta proton x 50 rasanya., tak tau sape yang nak surprise dia.. dalam tunjjk tunjuk tu mesti ada selitan ayat ayat humble pasal ugama and rezeki bla bla bla..