CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 305|Reply: 0

[Pulau Pinang] Remaja bawah umur, teman lelaki mengaku tidak bersalah larikan bayi

[Copy link]
Post time 30-8-2022 04:46 PM | Show all posts |Read mode

REMAJA perempuan bawah umur dan teman lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan menculik seorang bayi pada 23 Ogos lalu.

  


BUKIT MERTAJAM: Seorang remaja perempuan bawah umur dan teman lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menculik seorang bayi pada 23 Ogos lalu.

Tertuduh yang berusia 14 tahun dan Muhammad Azrin Budimaeng, 18, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd. Akit.

Mengikut pertuduhan, remaja itu dan Muhammad Azrin secara bersama melarikan seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan di sebuah rumah di No. 4, tingkat tiga, Blok 4, Pangsapuri Idaman Taman Pauh Perai di sini kira-kira pukul 5.30 petang pada 23 Ogos lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Fatin Nabila Hussin.

Terdahulu dalam prosiding kes, Fatin Nabila memohon jaminan atas alasan kedua-dua tertuduh masih muda dan tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

Mahkamah membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM5,000 beserta seorang penjamin. Kes akan disebut semula 3 Oktober ini bagi serahan dokumen.

Terdahulu, akhbar melaporkan seorang remaja ditahan selepas melarikan bayi perempuan dari rumah pengasuhnya di sebuah pangsapuri di Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah pada pukul 5.30 petang, 23 Ogos lalu.

Mangsa  diselamatkan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Pulau Pinang dan Ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... salah-larikan-bayi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.536352 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list