CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 305|Reply: 0

[Kedah] Majikan, rakan sekerja ditahan kes bunuh pekerja kebun betik

[Copy link]
Post time 30-8-2022 11:39 AM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR: Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang tukang kebun warga Myanmar di kebun betik di Kampung Dalam Wang, dekat Baling, semalam.

Selain lelaki tempatan berusia 52 tahun yang juga majikan kepada mangsa, seorang lagi yang ditahan adalah rakan senegara mangsa yang berusia 33 tahun.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata pihaknya terdahulu menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu dalam keadaan terbaring di kebun berkenaan kira-kira jam 11.30 pagi.

Susulan itu, serbuan dilakukan sehingga membawa kepada penahanan dua suspek.

"Majikan mangsa ditahan di kawasan kebun betik berkenaan, manakala warga Myanmar yang juga rakan sekerja mangsa yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah ditahan di Kupang," katanya.

Shamsudin berkata, pemeriksaan menemukan kesan kecederaan yang dalam pada bahagian dahi kiri mangsa dipercayai akibat benda tajam, selain kesan lebam pada bahagian belakang badan mangsa.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk bedah siasat dan kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 4 September depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

"Polis juga masih mengesan seorang lagi lelaki warga Myanmar yang juga rakan sekerja mangsa," katanya. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... pekerja-kebun-betik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.056987 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list