Sumber mStar
Penyanyi, Mohd Ali Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Mamat masih berada di bawah pemantauan dan mengikut pelbagai program anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) namun tidak lagi terlalu ketat seperti sebelum ini kerana dia menunjukkan perubahan positif sejak menjalani rawatan di Persatuan Pengasih Malaysia pada 2019.
Menerusi laporan mStar, bekas vokalis kumpulan Exist itu masih lagi aktif dalam bidang seni namun harus memaklumkan kepada pihak agensi berhubung jadual kerja kerana dia tidak boleh bergerak bebas seperti biasa.
"Saya sudah berusia lebih 40 tahun dan apa yang saya mahukan adalah menjalani kehidupan dengan lebih baik pada masa akan datang.
"Saya masih dalam pemantauan dan juga aktif dalam bidang seni. Saya akan maklumkan kepada pihak agensi mengenai jadual kerja.
"Saya pun sebenarnya kalau hendak 'lari' memang tak boleh sebab saya selebriti yang dikenali dan mereka tentu akan tahu keberadaan saya," katanya.
Terdahulu, Mamat ditahan pada 8 September 2019 ketika menaiki motosikal di Taman Perling, Johor Bahru bersama seorang rakan kerana memiliki sejumlah dadah jenis syabu.
|