View: 5354|Reply: 68
|
"Nabila Huda Masih Gagal Tutup Aurat,"-PU Syed Tak Puas Hati, Bantah Konsert Blackpink
[Copy link]
|
|
Pandangan pelakon Nabila Huda berhubung cadangan protes penganjuran konsert penyanyi antarabangsa di negara ini sebagai langkah tidak matang mendapat respons pendakwah iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak.
Membidas kenyataan dibuat Nabila, Syed menjelaskan kematangan seseorang itu sebenarnya terletak kepada kefahaman mereka terhadap perintah dan larangan Allah SWT.
Jelasnya, tentangan yang dibuat bukan bererti tidak matang tetapi kematangan seseorang itu apabila mampu menilai sesuatu perkara sama ada baik atau pun sebaliknya.
Foto: IG
"Saya tetap dengan pendirian menentang kemungkaran yang berlaku dalam negara kita, Malaysia. Kita tidak mahu menjadi punca kemaksiatan kepada Allah SWT.
"Bukan bermakna tentangan ini kita tidak matang tetapi kita matang dalam menilai sesuatu itu baik atau buruk," jelasnya menerusi sebuah video yang dikongsi di Instagram.
Dalam pada itu, Syed menjelaskan hidup seseorang manusia bukan lakonan tetapi adalah suatu ketetapan daripada Allah dan ada perintah dan larangan-Nya yang perlu dilaksanakan dan ditinggalkan.
"uan Nabila mungkin terlebih matang bila mana tuntutan Allah untuk menutup aurat masih lagi gagal dilaksanakan kecuali dalam lakonan semata-mata.
"Hidup kita bukan lakonan, hidup kita adalah suatu ketetapan daripada Allah dan ada perintah-Nya yang perlu kita laksanakan. Ada larangannya yang perlu kita tinggalkan," katanya.
PU Syed
Syed turut mengucapkan terima kasih kepada Nabila kerana memanggil orang yang menentang kemungkaran sebagai tidak matang.
Pendakwah itu turut meminta Nabila bermuhasabah diri dan jangan meludah ke langkit kerana bimbang terkena ke muka sendiri.
"Maka muhasabah diri Puan Nabila. Jangan meludah ke langkit, takut merecik ke muka sendiri," katanya.
Terdahulu, Syed menyatakan bantahan terhadap penganjuran konsert kumpulan Kpop Blackpink yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 4 Mac tahun hadapan.
Syed turut merancang untuk mengadakan himpunan bantahan sekiranya konsert tersebut masih diteruskan.
Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) Ahmad Fadhil Shaari turut membangkitkan isu sama dan menegaskan pihaknya tidak teragak-agak untuk menggerakkan bantahan sama jika tuntutan itu tidak diendah.
Nabila pula menerusi Twitter meluahkan pendapat bahawa masih ada perkara lebih penting boleh diberi perhatian berbanding penganjuran konsert artis antarabangsa di negara ini.-CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Mohon bantah juga konsert gv idolat kecil bintang kecil muzikal lawak superstar terpaling juara mentor mentee af audition pilih kasih fear factor dll. Tutop semua astrok ria prima warna tinggalkan stesen alhijrah dan oasis je. Radio boleb katup bungkos era hot sinar pasang zayan dengan ikim
Semua org boleh pencen kecuali ostad ostajah |
|
|
|
|
|
|
|
princessmiang replied at 29-8-2022 01:18 PM
Mohon bantah juga konsert gv idolat kecil bintang kecil muzikal lawak superstar terpaling juara men ...
Hahaha... Semua org boleh berbungkus cam lembaga sambil dengar ceramah setaz setazah 24 jam.. Hapuskan semua bentuk hiburan, menuju kearah taliban.. Yeayyyy |
|
|
|
|
|
|
|
Pasal najib n gang jadi penyamun tak ada pun nk komen. Ptuiih. |
|
|
|
|
|
|
|
ostat loser! pick your combat wisely. banyak2 bidang ko nak teguk nak jua tegur yg ada meng limelight kan nama awak ye hawau. people like you are one of the many reason why non muslim pandang serong agama islam. padahal agama islam adalah religion of peace |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa specifically nak bantah black pink? banyak konsert mendatang ni ha |
|
|
|
|
|
|
|
Mentang2 yg dtg kpop, billie, bieber semua setaz dan netz penunggang x suka dan x minat... Cer yg dtg metallica, iron maiden, cold play mesti senyap x berkutik kan... Konsert local coming soon dewa, hujan dll x nak wat bantahan ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Konsert2 lain x bantah ke?banyak lagi yg bakal berlangsung sebelum black pink mac tahun depan tu...bukanlah nak sokong konsert bp ke apa ke tapi kalau nak bantah,bantah semua sebab semua pun kategori laghaaaa...gitu akak punya pendapat terpencil |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lattehazelnut at 29-8-2022 01:57 PM
Adele pun next year kan.. klaau bantah gak mmg iols simbah cat merah kat kete dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
umbut: Mentang2 yg dtg kpop, billie, bieber semua setaz dan netz penunggang x suka dan x minat... Cer yg dtg metallica, iron maiden, cold play mesti senyap x ...
soh dia ban babyshima tu dulu pon bole jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
umbut replied at 29-8-2022 01:50 PM
Mentang2 yg dtg kpop, billie, bieber semua setaz dan netz penunggang x suka dan x minat... Cer yg dt ...
Sbb penunggang loser macam ini banyak anti matsalleh. Kafir kata nya. Apa yang kaitan memang bantah habis habisan takut rosak anak mudewwww… artis2 indon datang kpop tak aggressive pulak . Kes yang orang teranjang ramai2 sbb lelaki itu hina agama kita sampai berdarah tak nak ulas pulak. Tak habis isu mcm ini. BOSAN |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lasagna at 29-8-2022 03:58 PM
apsal piyu attack blackpink jer, mcm mana dgn konsert dewa 19, nidji, soon ariel peterporn.. not forgotting konsert kak ani 3 hari.. acano acano? jgn laa berat sebelah plak.
***
Konsert Indo di Msia:
Nidji- 31 Aug
Pamungkas - 3 Sep
Dewa 19 - 9 & 10 Sep
Ahmad Band & Mulan Jameela - 11 Sep
Ungu 19th Nov 2022.
|
|
|
|
|
|
|
|
ustaz bg direct setepek Pn Nabila x tutup aurat..sat g Pn Nabila pn meroyan..
maka dgr la ig storynya yg pnjg lebar tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Xtau nk kata apa…pak ucetad ni fefeeling dkt bumi meleis ni semua moslem agaknya.. yg dtg tgk konser semua moslem semua x boleh. Bkn nk menidakn hukum ugama yachh tp entahla ucetad setazah selebriti skrg mmg menjadi2 perangai dorg. |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju dgn semua komen kat atas ni.
Suroh bp pakai tudung lah masa buat konsert nanti. Confirm lepas. |
|
|
|
|
|
|
|
adele nk dtg malaysia ke ? amagadd amagaddd
|
|
|
|
|
|
|
|
ariel pun nk dtg Malaysia ?? amagad amagad... bila ??
|
|
|
|
|
|
|
|
Bkn pemuda pas ke yg bantah konsert black pink dan akn buat perhimpunan bantahan, pu syed trut serta ke? Tk dngr pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lasagna at 29-8-2022 03:59 PM
terbaca pagi td baca kat twitter.. tak pasti bila tp coming soon.
ehh jap iols konpius nidji ke ungu yg dtg msia tu? ungu tak silap hahaha ada kesilapan.
*** latest update
Konsert Indo di Msia:
Nidji- 31 Aug
Pamungkas - 3 Sep
Dewa 19 - 9 & 10 Sep
Ahmad Band & Mulan Jameela - 11 Sep
Ungu 19th Nov 2022. |
|
|
|
|
|
|
| |
|