CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1908|Reply: 7

Sebulan Kahwin, Wany Hasrita Kembali PJJ Dengan Suami- "Syukur Belum Ada Yang Tanya Anak"

[Copy link]
Post time 29-8-2022 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Wany Hasrita kembali menjalani hubungan jarak jauh dengan suami, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, selepas sebulan berkahwin.


Wany, 30, atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata, dia dan suami mengambil cuti selama sebulan untuk meluangkan masa bersama sebelum kembali sibuk dengan kerjaya masing-masing.




Foto: IG




"Sebelum ini dua minggu saya duduk di rumah suami di Kuching, Sarawak dan sekarang baru kami kembali bekerja. Kami berdua masing-masing ambil cuti sebulan sebab tahu selepas ini memang susah nak jumpa.


"Alhamdulillah, biarpun kami menjalinkan hubungan jarak jauh, semuanya okay kerana masing-masing memahami. Kami juga setiap hari berhubung dan membuat panggilan video. Diharapkan persefahaman ini sampai bila-bila.


"Sepanjang bercuti pun kami berdua banyak lepak di rumah, sebab kami tahu apabila sudah kembali bekerja nanti, tiada peluang nak bersama. Lepak di rumah adalah momen yang seronok buat kami berdua," katanya kepada Harian Metro.




  



Dalam masa sama, Wany berkata dia belum lagi ditanya mengenai soal cahaya selain masih mendapat ucapan tahniah atas perkahwinan yang dibina.


"Alhamdulillah, setakat ini belum ada lagi yang bertanya mengenai cahaya mata. Sekarang ini ke mana saya pergi dan berjumpa orang, mereka banyak mengucapkan selamat pengantin baru memandangkan saya pun baru sebulan berkahwin.


"Kalau ada bertanya pun tak mengapa sebab saya rasa pada usia 30 tahun ini, penerimaan saya pada pertanyaan orang ramai agak tenang. Saya juga lebih relaks. Tiada apa nak kecil hati dan seumpamanya. Tapi perlu diingatkan, 'common sense' itu perlu pada setiap orang," katanya.


  



Terdahulu Wany ditemui di siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang berlangsung di pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya.


Wany dan suami yang juga bekerja dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak bernikah pada 22 Julai lalu.


Dalam perkembangan lain, Wany bakal muncul dengan single baharu bersama Datuk Jamal Abdillah dan Wani Syaz.




  
  



"Saya ada satu lagi projek bersama Datuk Jamal yang mana kami menyanyikan lagu lama. Lagu ini pun dinyanyikan bagi memenuhi permintaan FMC Music. Seterusnya saya akan merakamkan single duet dengan Wani Syaz.


"Dalam masa sama saya juga sedang mencari komposer untuk menghasilkan single solo," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2022 12:43 PM | Show all posts
baru sebulan kawen.. lek ar
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 01:01 PM | Show all posts
dok sebulan tu peluk puas2 ye wany..baru sebulan kawin ni pantang sentuh je huhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 01:41 PM | Show all posts
kesiannya pjj
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 02:34 PM | Show all posts
kalau sebulan org dah tnya anak elok dilempang ajee
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Teknology masih belum terlalu canggih sehingga boleh berjimak dlm keadaan beratus ribu batu jauhnya antara satu dgn lain......

Pilihan yg ko buat...hadap ler....your own shit and mess...you sort it out...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2022 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan pilot ke suaminye
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 03:56 PM | Show all posts
la 30 dah wany ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.276487 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list