|
Kehilangan orang tersayang pasti memakan masa yang lama untuk mengurangkan rasa pilu di hati.
Masih bersedih di atas pemergian abang sulungnya pada malam Khamis lalu, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad menasihatkan pengikutnya di laman Instagram agar sentiasa menjalani pemeriksaan kesihatan berkala.
IG Uyaina
Menurut Uyaina, penyakit serangan jantung kini bukan lagi hanya menyerang golongan berusia sebaliknya, yang muda turut tidak terkecuali.
Abang sulung, Uyaina, Dr Mohd Attaful Uzair Arshad, 35, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika melakukan aktiviti berbasikal pada malam Khamis lalu.
Dalam video itu juga, Uyaina turut berharap agar kerajaan Malaysia dapat melakukan sesuatu memandangkan jadual kerja doktor yang sentiasa sibuk dan padat sehingga menyebabkan mereka kurang mendapat rehat yang secukupnya.
Sumber: Media Hiburan
|
|