Sumber IG
Pelakon, Hannah Delisha tidak terlepas menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) yang saban tahun menjadi acara tumpuan.
Hannah yang kini anggun berhijab bagaimanapun menerima teguran netizen apabila beberapa keping foto yang dikongsikan memaparkan dirinya menggayakan busana rekaan Alia Bastaman dikatakan tidak sesuai dengan imejnya bertudungnya.
Sumber IG
Walaupun ada yang memuji kecantikan pelakon itu namun ada juga segelintir warganet yang mempersoalkan bengkung yang dipakai oleh aktres tersebut mencemarkan penampilan muslimahnya.
Membuat keputusan untuk mengenakan tudung sejak tahun 2020, pelakon kelahiran Singapura itu banyak menuai pujian ramai yang mengatakan dirinya lebih manis berpenampilan seperti.
Peminat mengharapkan agar Hannah terus mengekalkan imej seperti sekarang ini. -CARI
|