View: 7477|Reply: 71
|
Noraniza Idris Kata Harga Tiket Mahal Solo Mahal Sikit Je Daripada Konsert Aina Abdul
[Copy link]
|
|
“Mahal Sikit Je Daripada Konsert Aina Abdul” - Noraniza Idris Komen Dakwaan Harga Tiket Konsertnya Mahal
Penyanyi lagu-lagu irama Malaysia, Noraniza Idris menafikan dakwaan harga tiket konsert Malai Solo yang bakal berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 21 hingga 23 Oktober depan sebagai terlalu mahal.
Noraniza menjelaskan, harga yang ditetapkannya berbaloi dengan persembahan yang bakal dipertontonkan dan tidak banyak beza dengan harga konsert tempatan yang pernah diadakan sebelum ini.
"Harga tiket saya mahal ke? Bagi saya macam okey sebab sebelum tetapkan harga, saya dah rujuk harga tiket konsert terdahulu. Mahal sikit je daripada konsert Aina Abdul.
“Kalau ikut pasaran, harga-harga tiket biasanya RM250 hingga RM1100. Justeru, saya tambah sikit saja daripada berbanding harga konsert artis lain.
"Tambahan pula, nilai yang saya tetapkan itu berbaloi dengan persembahan bakal disajikan. Untuk rekod, saya menggunakan pengarah muzik dan penari profesional serta teknologi terkini untuk memeriahkan lagi persembahan," katanya kepada Gempak.
Noraniza berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Malai Solo Noraniza Idris di Istana Budaya sebentar tadi.
Selain itu, pelantun lagu Dikir Puteri itu turut mengumumkan penerimaan dana sebanyak RM3 juta daripada sebuah syarikat hartanah.
"Alhamdulillah saya rasa lega apabila dana ini dapat menampung kos keseluruhan Konsert Malai Solo.
“Namin, saya masih mengalu-alukan penaja lain yang ingin membantu membiayai konsert ini,"katanya.
Dianjurkan oleh NIPV Managament Sdn Bhd, Konsert berdurasi dua jam itu bakal menyaksikan Noraniza menyanyikan 24 buah lagu termasuk medley yang merangkumi lagu-lagu berentak Irama Malaysia dan etnik kreatif.
Tiket yang dijual sejak 19 Ogos lalu bermula RM299 hingga RM1599.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau konsert fully sponsored, duit jual tiket 100%dapat dekat artis? |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak gayanya, lepas pandemik ni artis2 Malaysia seolah-olah berlumba-lumba siapa boleh buat konsert dengan harga tiket paling mahal. Aina Bendol, the Zain siblings, dan giliran dia ni pula. Taulah dia ni kira ratu musik nusantara/ Irama Malaysia, tapi sepadan ke harga tiket tu dengan penampilan dan kualiti persembahan dia nanti? Last aku tengok nia ni dalam MV Intan Payung, rupa dah macam buah nangka montel dalam karung guni tergolek-golek. Satu lagi, cakap dah dapat tajaan RM3 juta untuk cover semua kos, tapi masih juga letak harga mahal dan masih cari penaja lain. Tak tamak ke namanya tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dekmieDandy at 24-8-2022 04:58 PM
dah dapat sponsor patut boleh kurangkan dah harga tiket
dengar ramly ms jadi music director tu buat iolls agak interested jugak nak gi
tapi.....
tunggu hari kejadian la, mane tahu ada sales kan
btw semalam selamba je orang dia claim first konsert solo irama tradisional, walaupun tokti dah pernah buat kat tempat sama tahun 2013  |
|
|
|
|
|
|
|
omg....nyanyian happy birthday kak aniiiimarilyn monroe nyanyi lagi sedap tau yg kt jfk tu
mcm ni nk cas tiket mhl2
adoi laaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
tokram pengarah muzik ea
wow
produser konsert gibam tu pnh buat ajl rsnya
thn bila x igt
2 org ni kira promising jgk
i believe penari pun sure tip top
plus kostum, props, lughting, sounds
tgl lagi yg menjadi perdebatan, vokal kak ani
24 lagu x termasuk medley
haiyo blh pegi ke kak
|
|
|
|
|
|
|
|
Letak lah mahal mana pun nak letak. Harga ni nak letak 10k satu tiket pun boleh tapi ada ke yang nak pergi? Tiket Aina Abdul hari tu pun tak habis kan hujung hujung katanya ada diskaun. Tiket konsert Fazura tu pun sendu je jualan mesti penganjur dah expect laju macam tiket Dewa 19 sejam dah sold out. |
|
|
|
|
|
|
|
itular, tokti punya konsert dulu pun, hari ketiga katanya suara dah start serak (walaupun masih sedap). ni waktu umur early 30's yeee.
nek ani ni, tak sure la camne nanti.
ke 20 lagu jadi medley, 4 lagu je penuh ke kan 
|
|
|
|
|
|
|
|
si fedtri tu pun tak tahan gelak dengaq nek ani nyanyi lagu pibeday
|
|
|
|
|
|
|
|
ning terpeleot tersenyum sinis 
|
|
|
|
|
|
|
| |
|