Sumber Harian Metro
Pelakon, Aman Graseka, 54, meluahkan rasa gembira apabila anaknya, Muhamad Firaz Iqbal yang menuntut di Sekolah Kebangsaan Kuala Merah, Kuala Ketil di Kedah mempunyai bakat luar biasa dalam permainan bola sepak.
Memetik laporan Harian Metro, kata aktor itu, bakat Firaz sudah mula dikesan seawal usianya empat tahun lagi.
"Ketika berusia enam tahun, ibunya membawa Firaz Iqbal ke Stadium Darulaman untuk menyaksikan perlawanan antara Kedah dan Selangor.
Sumber Harian Metro
"Apabila dia melihat Badrol Bakhtiar bermain, dari situ minatnya semakin bercambah untuk mendalami bidang sukan bola sepak ini.
"Sejak itu, dia mula menonton di TV permainan pasukan bola sepak dari luar negara. Idolanya sejak dari itu pemain dari kelab-kelab luar negara seperti Ronaldo, Messi dan Neymar," katanya.
Kata Aman lagi, pilihan utama Firaz ialah Ronaldo dan sentiasa mengikuti perkembangan idolanya dan memakai jersi nombor tubuh.
Aman mula menghantar anaknya memasuki Kelab Soccer Kids Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani sejak usianya 10 tahun dan kini sudah dua tahun mengasah bakat di kelab itu.
"Kelab ini banyak mengadakan perlawanan persahabatan. Negeri paling jauh yang dia pernah main ialah berlawan dengan pelapis JDT.
" osisinya ialah penyerang dan sayap kiri. Dalam perlawanan persahabatan lain di Pematang Rawa, Pulau Pinang, kelab ini muncul juara," katanya.
Beberapa minggu lalu, Firaz terpilih mewakili MSSD Baling ke peringkat MSSK Kedah ke kejohanan peringkat umur 12 tahun.
Aman menyifatkan minat anaknya untuk bermain bola sepak itu datang sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. - CARI
|