CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2138|Reply: 14

Empat Hari Tayangan, Filem Jerangkung Dalam Almari Berjaya Kutip RM1 Juta

[Copy link]
Post time 8-8-2022 05:49 PM | Show all posts |Read mode
Filem Jerangkung Dalam Almari berjaya meraih kutipan RM1 juta dalam tempoh empat hari tayangan sekali gus membuatkan penerbitnya, Raja Azmi bersyukur atas pencapaian itu.


"Alhamdulillah, syukur dan syukur yang tidak terhingga," tulisnya ringkas di Instagram.




Foto: IG




Raja Azmi dalam satu temubual sebelum ini mensasarkan filem terbabit mampu mencapai kutipan RM7 juta. "Kalau ditanya mengenai sasaran kutipan filem ini, paling tinggi saya berharap akan dapat kutipan RM7 juta.


"Selepas ditolak separuh kutipan untuk pawagam, bayaran cukai dan kos pembikinan, selebihnya saya akan berikan bonus kepada mereka yang terbabit dalam filem ini," katanya.


  



Sementara itu, pelakon utamanya, Datuk Adi Putra dalam perkongsian di Instagram turut berkongsi berita gembira itu dan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sudah menonton.


"Terima kasih semua dan terus menyokong," katanya.


Selain Adi, Jerangkung Dalam Almari menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Sophia Albarakbah, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Anne Abdullah, Zaidi Omar dan Amerul Affendi.




  



Filem terbitan Akid Productions Sdn Bhd itu mengisahkan Fikri lakonan Adi yang tidak tenteram akibat gangguan lembaga dari dalam almari.


Gangguan itu turut mengancam nyawa isterinya, Shikin (Sophia Albarakbah) dan anak mereka, Adam (Isaac Iman).








Antara jalan cerita yang dipaparkan ialah kisah tiga beradik yang membiarkan syaitan bermaharajalela dalam diri mereka sehingga berdendam dan prasangka terhadap diri masing-masing. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2022 05:50 PM | Show all posts
sape dah tengok? review plsss
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Cite mcmni pun rm1 juta..aku baca tajuk pun x teringin nk tgk
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah...terkena jugak tempias mat kilau...tapi iols still tak rasa nak tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by reporter_kalut at 8-8-2022 09:58 PM

Belom rasa teringin nak tgk..
Aku mcm tak caya je jumlah kutipan yg digebangkan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 10:59 PM | Show all posts
ada review dari sape2 tak? nak tahu review best ke tidak je... buat masa ni kaka tak nak la kutuk2 lebih, mana la tahu filem dia memang bagus kan... cumanya nak kutuk sikit ya itu poster filem tu sebijik macam ah long tampal2 bawah jambatan tu bersebelahan poster bomoh cina yang pandai ramal nombor ekor...

memang poster editor kat malaysia ni takde taste ke atau pengarah yang taste hauk, design2 orang muda dia yang meletop tak mau ambik, nak jugak ambil design taste orang tua buat... ya itu sekadar nak nampak tulisan... tak ke bangang tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2022 10:23 AM | Show all posts
haritu baca review ada yang kata surprisingly best, and dia puji cinematography dia
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 12:38 PM | Show all posts
pasni boleh buat cerita ummah dlm almari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2022 05:18 PM | Show all posts
sape je dh tgk?? kasi la review
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak jumpa langsung review pasal pilem ni pelik plak
Sibuk ke gadis jolobu je
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Belom ada napsu nak pegi tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2022 10:38 AM | Show all posts
kamera gegar2 tak
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2022 10:40 AM | Show all posts
Tunggu kluaq netplix la
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2022 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Keluar ASTRO FIRST dah
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2022 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Skrg kalau movie Melayu, mesti kutipan juta2 je yach #takmohKalah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.564188 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list