CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4575|Reply: 54

Gara-Gara Komen 'Infinity Sh*t', Penerbit Filem Gadis Jolobu Bakal Saman Zhafvlog

[Copy link]
Post time 8-8-2022 03:05 PM | Show all posts |Read mode


'YouTuber' terkenal, Zhafvlog didakwa memberikan kritikan keterlaluan hingga boleh menjatuhkan filem Gadis Jolobu The Movie menyebabkan penerbit naskhah itu bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki terbabit.



Menerusi laporan Media Hiburan, Penerbit Eksekutif serta pengasas bersama Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi, tindakan juga diambil susulan ulasan yang dikatakan tidak beradab dilemparkan antaranya menggelar karya berkenaan sebagai 'infinity shit'.



"Saya tidak tahu siapa YouTuber ini? Adakah mempunyai kelayakan mengkritik filem?



  



"Kalau YouTuber ini pengkritik filem berkelayakan dan ada ilmu perfileman, saya mungkin boleh mempertimbangkan kritikan diberikan.



"Tetapi, lontaran bahasanya bukan cerdik pandai seperti pengkritik filem. Jadi, saya dan CL Hor juga mempunyai hak mempertahankan maruah dan karya dihasilkan.



"Saya sudah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan saman. Tunggu surat saman akan sampai tidak lama lagi," katanya.



  



Saraleana berkata, dia sedar beberapa platform seperti YouTube, Facebook dan Instagram membolehkan sesiapa sahaja membuat ulasan filem sekali gus menjadi pengkritik.



Bagaimanapun, penggunaan bahasa yang tidak sopan bagi menarik perhatian dalam membuat sesuatu ulasan bukanlah cara yang baik.



"Seharusnya, kritikan diberikan menggunakan bahasa yang sesuai mengikut etika agar tidak menyinggung perasaan sesiapa terutama penerbit yang mengeluarkan bajet jutaan ringgit untuk menghasilkan sesebuah karya.



"Saya mungkin penerbit baharu tetapi tidak terasa disebabkan ada sokongan kuat. Cuma, saya risaukan penerbit baharu yang mungkin tiada sokongan seperti saya.



  



"Saya percaya pasti ada yang luntur semangat apabila filem menjadi mangsa kritikan. Adakah YouTuber ini layak memberi kritikan filem dengan bahasa tidak beradab seperti ini?



"Caranya salah kerana apa yang ditulis adalah fitnah. Nak kritik biarlah ada ilmu filem bukan berdasarkan serangan peribadi," katanya lagi.



Bagaimanapun, Saraleana tetapi optimis selepas menerima komen positif dariapda Yang-Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhriz Tuanku Munawir dan Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud yang mencemar duli menghadiri tayangan filem Gadis Jolobu bersama barisan pelakon di GSC Pall Mall, baru-baru ini. - CARI



  



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2022 03:54 PM | Show all posts
MCU box office global jota-jota duit monopoly pun orang tetap la kritik berbakul-bakul. idok ler deme saman or bagi warning..

hangpa dunia siaran, movie ka, drama ka, semuanya trend sementara ja
pujian, kritikan, handle it wisely, will only last for a while.

aku tak pernah dengaq pun nama cerita ni
tau-tau ja diorang nak saman pengkritik.
tak berani eyh nak cakap apa-apa pasai movie ni.
ha. sok lusa tak kaut untung jangan salahkan marhaen tak support karyawan anak seni tempatan.

sayang. aku dok N9 hampir 2 dekad gak dulu, rindu loghat nogoie.
hmm.. movie ni nanti la aku tengok kalau keluar kat tv tahun depan.
kalau femes, malam raya tayang la kut. gamaknye laa
dah tayang kat tv nanti, aku dah tengok baru kritik ok ke idok
nak kritik sekarang risau eh. nanti surat saman sampai. gituuu
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 03:56 PM | Show all posts
Saman. Jangan tak saman
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 04:00 PM | Show all posts
baca review mat ni pun biadap jugak

even cite ni sampah pun at least bahasa jaga la brader oi

yee ko sorang la terpaling nogori

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 04:00 PM | Show all posts
Tak tengok jadi tak boleh nak komen apa.  Kena tunggu bila ditayang percuma je nanti baru komen.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 04:04 PM | Show all posts
tok tan tanak komen ke pd pengomen itu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2022 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 8-8-2022 08:05 PM

Balasan sbb edit poster filem Rita Rudaini itu ari...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 04:22 PM | Show all posts
Memang mulut puaka si jantan gemok pendek lidah tergeliat ni (habis iolls shaming semuanya ). Sebab selayaknya la oiii.... Kita ni pon tengok drama, movie, ada juga kritik sana sini. Tapi idok lerrr kritik macam dari lahir mulut tu disuap makan setan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2022 04:26 PM | Show all posts
rasanya ni dah kali ke berapa dah dia kena ugut saman

tapi samanya tidak jugek

mahal kan kos saman, entah-entah lagi banyak dari kutipan filem
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 04:26 PM | Show all posts
Prickford replied at 8-8-2022 04:22 PM
Memang mulut puaka si jantan gemok pendek lidah tergeliat ni (habis iolls shaming semuanya  ...

hahaha aku ingat aku aje rimas dgr review dia

mcm try hard nak cari cool sikit2 fking fking shit semua
bodo la.. ko xsuka xyah la nak kutuk2 kan movie org.. move on aje tgk benda lain udah
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 04:28 PM | Show all posts
Aik nak jadi pengkritik filem kena ada kelayakan, ilmu perfileman ke?? Habis tu semua nak kena sopan2 indah2 je?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 04:28 PM | Show all posts
SESEKALI kena ajar jugak pengkritik muka pecah bermulut pondan meroyan macam ni... acah-acah savage... acah-acah open minded tpi mulut tak henti mencarut... macam gabungan ponen Azuwan Aley + Zubir Wartawan Pondan
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 04:31 PM | Show all posts
si gemuk ni yang kepoh cari bini kan
sekali umur belum 30
ingat umur2 pakcik guard taman
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 05:08 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 8-8-2022 04:28 PM
Aik nak jadi pengkritik filem kena ada kelayakan, ilmu perfileman ke?? Habis tu semua nak kena sopan ...

klau ikutkan kelayakan ,ilmu perfileman ..yg kritik mat kilau aritu  mampoihhh la kena saman berjemaah .tapi poster filem ni tak kreatif....ini yg diorg post laaa







Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak Zhaf ni, mmg over kan bahasa dia. Ari tu zaman PKP ada tengok video dia, dia ngaku rupanya dia duduk dlm bilik yg dia buat review tu je... LEMAH ke sengkek tak tahu lah. Kalau dia jenis YTuber baik, bolehlah nak kesian... ni perangai macam hape... iols sokong je dia diajar,  boleh merasa tidur lokap pulak... ada kes saman yg terdahulu kan, pasal mulut dia carutkan filem produser Cina.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Netizens yang kutuk trailer movie ni tanak saman sekali? Cer tengok kat Youtube.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2022 05:30 PM | Show all posts
setakat hantar LOD je orang tak kesah pon producer oi. entah2 mahkamah pon tak nak layan saman bodo cenggini.hahaha. baik duit nak saman orang tu korang labur untuk marketing filem ni. aku tengok trailer pon naik menyampah. ingat longhat N9 ni loghat untuk  melawak je ke? haktuih...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 8-8-2022 05:08 PM
klau ikutkan kelayakan ,ilmu perfileman ..yg kritik mat kilau aritu  mampoihhh la kena saman berje ...

mate tok tan tu arah kemane kah?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 8-8-2022 04:12 PM
Ari tu ko dh kena maki ngan Rita Rudaini pun x serik2 lg. Sesuailah ko kena saman...

ritrud maki si zhaf ni ke? si zhaf ckp ape ke ritrud? tapi tgk gaya mamat ni mcm die nk buat ala2 kartunis yg kuat perli org tu. dh byk kali pgl polis pn tetap menten perli geng kayangan
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
melekaifc replied at 8-8-2022 09:30 AM
setakat hantar LOD je orang tak kesah pon producer oi. entah2 mahkamah pon tak nak layan saman bodo  ...

Orang Jolobu sundri ramai triggered tengok trailer.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.061814 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list