CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 336|Reply: 0

[Kedah] Misteri bau busuk depan rumah adik

[Copy link]
Post time 4-8-2022 04:50 PM | Show all posts |Read mode
Misteri bau busuk depan rumah adik

Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



Anggota BBP Alor Setar membantu membuka pintu rumah yang terkunci. Mayat lelaki ditemukan terbaring di ruang tamu. FOTO IHSAN BOMBA




Alor Setar: Misteri bau busuk dari sebuah rumah yang berkunci di Jalan Meranti, Tambang Badak di sini, membongkar penemuan mayat lelaki yang dipercayai sudah empat hari meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, menerima makluman seorang lelaki meninggal dunia dalam rumah berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan abang lelaki berkenaan, dia terhidu bau busuk di depan rumah adiknya yang berusia 56 tahun itu ketika pulang dari kerja jam 7 pagi tadi.

"Saksi cuba menghubungi adiknya beberapa kali tetapi tiada jawapan sebelum meminta bantuan jirannya untuk menghubungi talian kecemasan 999," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Shukri berkata, sebaik pintu dibuka dengan bantuan pihak bomba, didapati mayat ditemukan dalam keadaan terlentang dan sudah berbau.

Katanya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mayat sudah mereput dan hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan pecah rumah atau unsur jenayah.

"Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.

"Berdasarkan maklumat abang lelaki itu kali terakhir dia bertemu dengan adiknya itu kira-kira empat hari lalu," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.33 pagi.

Beliau berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Iskandar Ishak tiba di lokasi tidak lama kemudian.

"Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan terdapat seorang lelaki terbaring di dalam rumah yang berkunci.

"Tindakan anggota bomba adalah dengan membuka pintu rumah menggunakan peralatan sebelum menemukan mayat di ruang tamu," katanya di sini hari ini.




Disiarkan pada: Ogos 4, 2022 @ 4:23pm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.661409 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list