View: 3335|Reply: 17
|
"Kecoh, Rasa Tak Relaks Meh Nak Belanja Kopi," Tudung Dah Terbang, Isteri Caprice Minta Semua Bertenang
[Copy link]
|
|
Penampilan isteri kepada penyanyi rap Caprice iaitu Farra Innalis yang dilihat sudah berhijab dan kemudian memuat naik foto terbaharu tanpa tudung mengundang persoalan netizen mengenai imej sebenar wanita berkenaan.
Menjawab pertanyaan netizen itu, Farra atau lebih mesra disapa Elis menerusi ruangan komen meminta orang ramai supaya bertenang dan tidak memperbesarkan isu berkenaan.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202208/03/164749uz2ujgz2pj24bbdd.png) Foto: IG
"Kecoh-kecoh nak ke mana? Kalau rasa tak relaks meh nak belanja kopi. Tapi ambil yang sejuk nak sejukkan hati yang panas tu," komennya.
Pada Julai lalu, penampilan Farra dilihat sudah mengenakan tudung menerima pujian ramai.
Bagaimanapun, perkongsian terbaharunya tanpa hijab membuatkan netizen tertanya-tanya mengenai imej sebenar Farra.
"Nak tunjuk aurat kau kepada siapa? Dah ada suami cukup la. Kau tambah mata orang yang tengok, dapat dosa.
"Tudung dah hilang?
"Hari itu bertudung. Manis dah. Hari ini tudung mana?," komen netizen.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202208/03/164342yx2nocvfcz2zcpyv.png) "Kecoh, Rasa Tak Relaks Meh Nak Belanja Kopi," Tudung Dah Terbang, Isteri Caprice Minta Semua Bertenang
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menerima pujian netizen sebelum ini kerana berjaya mendidik isteri sehingga tampil dengan imej baharu bertudung.
Kisah Farra sering menjadi perhatian netizen kerana Caprice sendiri banyak kali memberi maklum balas tentang isu semasa yang berlaku dalam dan luar negara.
Farra pernah mendedahkan dirinya terkena sihir namun ia mendapat kecaman netizen kerana dalam masa sama dia turut memuat naik video menari di laman sosial.
Untuk rekod, Caprice dan Farra mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu.
Farra mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
bohjan perasan dengan bohsia rempit...sepadan lah... hujung2 sibuk mencanang buat apps muslim bagai... cikki cikki birah kaki usrah pun melting semulaaa.....gitulahhh MO theyols... |
|
|
|
|
|
|
|
tak relevan lagsg minah ni. euw sgt. kel |
|
|
|
|
|
|
|
nape gmbr baju putih muka dia mcm muka baem ank alip sukri?![](static/image/smiley/default/titter.gif) ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tunggang jgn tak tunggang… |
|
|
|
|
|
|
|
kiah_mai_pulak replied at 3-8-2022 05:10 PM
nape gmbr baju putih muka dia mcm muka baem ank alip sukri?
Mmg xcantik pun dia ni. Maap ckp anaknya pon xcomel tp sibuk makpak dia nak marketkan anak. |
|
|
|
|
|
|
|
Laki bini nampak rempits ya walau gigih laki nya bergaya/bercakap ala2 politician. |
|
|
|
|
|
|
|
Eleh, apa nak kisah dgn laki bini ni. Attention seeker. |
|
|
|
|
|
|
|
acah2 relax walau diri sendiri tak relax |
|
|
|
|
|
|
|
Sukati dialah.. ada laki kan yg acah2 jihad |
|
|
|
|
|
|
|
bini dia macam cucuk muka bagi gebu ..gebu disini maksud aku macam ada isi , muka penuh isi ,,,mcm di pam pam
terserlah muka Melayu
muka Melayu tu xpe
rambut blonde tp laki dia tiger of al Quds?????????
![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
rimas lah dengan ummah yang suka menyibuk orang nak bertudung ke tak. Apa masalah entah. Kau tak pernah layan porn? |
|
|
|
|
|
|
|
yang kau bertunggu tangga dekat ig bini retis dah kenapa?!! |
|
|
|
|
|
|
|
Takyah la bagi limelight kat attention seeker ni… takde sumbangan pada masyarakat pun. Btw cantik la sheols bila pakai tudung. |
|
|
|
|
|
|
|
orang2 gini tayah bagi limelight ...nyah terus dari bumi. mohon pak elon bawak laki bini ke planet mars |
|
|
|
|
|
|
| |
|