![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202208/01/131520vmv1z85scfjrcff4.png)
Pengacara, Nabil Mahir meluarkan rasa kecewa terhadap layanan sebuah klinik haiwan yang enggan merawat kucingnya yang mengalami kecederaan teruk.
Menerusi beberapa siri hantaran di IG Story, kata Nabil, klinik haiwan berkenaan memintanya agar membawa kucing yang diberi nama Kate itu ke klinik lain yang berhampiran dengan alasan masa operasi mereka sudah hampir tamat.
"Saya datang melawat anak-anak bulu dan terkejut melihat salah seekornya mati. Saya tak pasti kenapa tapi dua minggu lalu Scarlett bersalin empat ekor anak tapi tiga daripadanya mati.
"Tiba-tiba, saya dapati Kate berdarah dan lemah. Saya terus membawanya ke klinik veterinar berhampiran dan memaklumkan mereka ini kes kecemasan.
"Mereka suruh saya ke klinik haiwan lain kerana mereka sudah nak tutup. Kalaulah mereka betul-betul sayangkan haiwan, mereka patut terimanya.
"Tak lama lepas tu, Kate pun mati. Saya benci selamanya klinik haiwan yang memilik untuk menolak permintaan saya untuk membantu Kate," coretnya.
Nabil turut meninggalkan komen di akaun klinik veterinar berkenaan bagi menceritakan pengalamannya itu. -CARI
|