|
View: 2277|Reply: 18
|
Sean Lee Bangga Terlibat Dalam Filem Bersama The Rock, Tapi Ramai Yang Kritik
[Copy link]
|
|
|
Sean Lee meluahkan rasa gembira dan bangga apabila terlibat dalam sebuah filem produksi antarabangsa iaitu DC-League of Super Pets yang mula ditayangkan pada 28 Julai lalu.
Bagaimanapun ada pula mengkritik kejayaan itu kerana watak Waffle yang dibawakan oleh Sean hanyalah untuk tayangan Malaysia dan ia dianggap bukanlah sesuatu boleh dibanggakan.
 Foto: IG
“Ada yang cakap watak saya itu hanya itu tayangan Malaysia sahaja, namun bagi saya ia sesuatu yang besar kerana kandungannya dari sebuah produksi terkemuka. Projek kali ini juga unik kerana memang menampilkan watak khas seekor anjing dari Malaysia.
“Jadi kalau ada mahu kritik, saya tidak ambil pusing. Lebih baik saya ambil positif dari mereka yang menyokong kerjaya saya. Pembabitan dalam filem ini adalah sesuatu yang membanggakan,” katanya kepada mStar.
Sean, 28, menerima panggilan dari pihak Warner Brother Malaysia untuk meminjamkan suaranya bagi watak anjing bernama Waffle dalam filem terbitan Warner Animation Group dan DC Entertainment itu sekitar Mac lalu.
Antara pelakon lain yang turut meminjamkan suara mereka untuk karya asal filem ini adalah Dwayne Johnson, Kevin Hart dan Keanu Reeves.
Dalam masa sama, penglibatan sebegini juga dianggap satu langkah untuk memulakan kerjaya ke peringkat antarabangsa.
Melihat terlalu banyak halangan dalam industri perfileman tempatan, Sean mahu diberi lebih kebebasan jika dia berpeluang untuk kembangkan bakat ke luar negara.
“Industri filem negara kita dikawal ketat kerana takut ada yang terjejas atau beri pengaruh buruk sehingga saya rasa ada di antaranya melampau. Tetapi penonton sekarang sudah bijak menilai dan mereka tahu untuk mengambil pengajaran dari sesebuah karya.
“Kalau ada peluang ke luar negara memang saya akan terima. Saya cuba untuk keluar dan mahukan kebebasan. Dalam kerjaya seni ini tak boleh nak duduk di sini sahaja, perlu kembangkan lagi bakat.
“Bagaimapun saya tidaklah mahu tinggalkan Malaysia, cuma akan terima mana-mana peluang terbuka,” jelasnya.
Bukan hanya mahu kembangkan bakat sendiri, Sean juga berharap dapat mengharumkan nama Malaysia jika suatu hari nanti dia bekerja dengan karya di luar negara.
“Kalau saya berlakon di luar negara, bukan hanya bawa nama sendiri. Saya akan bangga untuk perkenalkan diri sebagai anak Malaysia dan kita punya ramai bakat yang boleh diangkat,” ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kaka tumpang bangga .. tahniah Sean
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok la tu dpt jdi VO actor untuk Disney. Peluang jgn lpaskan. Career heols semakin mengembang. Congrats! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yeah. Way to go Sean Lee. Malaysia boleh!  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
x paham kenapa ade malaysia edition?? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
nih bukan disney uols, DC jah. disney ni produce movie marvel, seteru dia DC. tapi ok lettew dua-dua international gitu
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
edition-edition nih benda biasa jah. mcm dlm movie captain america no 2 tu, dalam buku catatan captain america tu utk negara2 lain isinye pun lain. leh tgk kt sini
https://marvelcinematicuniverse. ... _Rogers%27_Notebook
zootopia pun same gak. ada satu scene tu baca berita dan penyampai dia suma haiwan yang berbeza region yang ditayang

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Congrats Sean… yg kritik tu jealous  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
patut puasa google nama dia takda dalam credit
anyway congrats Sean Lee | )) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
the rock bdn sado berganda2
smpi kepala pun nmpk kecik
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
janji herlokkk soo??? kita sokong jah agittewww...
lain la kalau rhoper shuk dan tauke bapak ayam tu... yang tu kalau nampak kutip derma tepi jalan pun kita wajib jalan sambil libas2 kopek kiri kanan ala2 fara mendosa... sambil tayang wang berkepuk2 dalam plastik hitam... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ok lah tu.. mula2 VO utk malaysia edition. esok2 rezeki dpt offer lagi, utk international edition pulak ke.. mana tau kan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sikit sangat watak waffles dlm cite ni tak puas..tp best laa cite ni layan..lagi best dr minion yg baru tu..for sure lepas ni mesti ada lagi super pets 2 3 4.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh utk tygn msia je ke dulu marsha, elfira mcm pernah jgk jd vo mcmni jgk…
Aku google yg sebenar bawak watak waffle tu richard arnorld. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|