View: 8295|Reply: 108
|
Sempit Macam Keranda-Bilik Sewa Di Cheras Harga RM300, Hanya Muat Satu Tilam Single
[Copy link]
|
|
Menjalani kehidupan di kota raya tidaklah seindah yang disangka.
Dengan situasi ekonomi yang tidak menentu, ada dalam kalangan anak perantau terpaksa ikat perut dan hidup dalam suasana cukup daif di ibu negara.
Terbaharu, tular perkongsian seorang wanita di Twitter mengenai harga bilik sewa di Maluri, Cheras yang disifatkan tidak masuk akal.
Foto: Twitter
"Selamat pagi kecuali owner rumah dekat Kuala Lumpur (KL) yang sewa bilik macam ni," tulisnya pada kapsyen.
Foto yang dikongsikannya memaparkan sebuah bilik sempit yang hanya mampu memuatkan tilam single dan dilengkapi sebuah kipas dinding disewakan pada harga RM300 sebulan.
Selain tilam yang diletakkan di atas lantai, kelihatan satu plug elektrik turut disediakan dalam bilik berkenaan.
"Kononnya terpaling dekat dengan LRT, Pavilion, KLCC view mak nyah dia," tulis wanita itu lagi.
Susulan itu di ruangan komen, beberapa individu yang pernah menyewa bilik hampir sama seperti wanita terbabit turut berkongsi pengalaman dan kisah mereka.
Menurut pelayar Twitter dikenali sebagai @AcikAziz1, dia menyewa seramai empat orang di bilik berkenaan dengan harga lebih RM400 pada tahun 2014.
"Murah! 2014 pernah sewa bilik saiz lebih kurang macam ni harga RM400 lebih, kongsi empat orang, ada tiga team. Kat Taman Maluri. Zaman-zaman kolej dulu.
"Kami panggil bilik neraka. Seksanya perjuangan nak dapat sekeping skrol. Masa gradusi bila ingat balik, kami semua nangis atas pentas," tulisnya.
Beberapa netizen turut 'geleng kepala' melihat keadaan bilik itu sehingga ada yang menyamakannya seperti bilik mayat dan bersaiz liang lahad kubur.
Kuala Lumpur tak seindah namanya, siapa sangka ramai yang hidup dalam keadaan serba daif dan ditindas pemilik rumah sewa?
"Ini macam bilik sewa dekat Seoul, Korea tapi dekat sana rumah sewa memang mahal. Tuan rumah ni memang ambil kesempatan betul.
"Mahu sesak nafas kau kak duduk dalam bilik kecil tak bertingkap macam tu. Cari tempat lain la. Ada yang lagi baik. Pemilik tu pun nak kaut untung agak-agak la.
"Kalau jenis yang selalu lupa akhirat boleh lah duduk sini. Mengingatkan kita kepada alam barzakh terus.
"Saya pernah sewa bilik macam ni. RM250, terdesak wei.
"Ni bukan bilik sewa, ni bilik mayat," tulis beberapa netizen. -CARI
Sumber: mStar Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rindu maluri, tempat bercikcur dedulu |
|
|
|
|
|
|
|
teringat scene filem bujang lapok
masa sudin tgh explain kt ajis sewa bilik yg refer pd saiz kubur
nah....it's not literally lg dah
this is real
|
|
|
|
|
|
|
|
ni jenis manusia kapitalis buat sublet..
semoga ada neraka khas untuk kapitalis ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
stresnya bilik takda tingkap |
|
|
|
|
|
|
|
kaw kaw kapitalis ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bilik stor aku lg besar camtu |
|
|
|
|
|
|
|
kapitalis lahanjeng sampai bilik stor pun dibuat sublet da cam besar tanah kubur..bodoh smoga mati x diterima tanah la pepuak kapitalis ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
samaada kamu nak bilik privacy atau nak bilik yg lagi besar tapi kongsi dgn 2-3 orang lain
ini realiti |
|
|
|
|
|
|
|
agensi kerajaan yg berkaitan takkan tgk je? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni lagi teruk dari gubuk bawah rumah dalam filem Ibu Mertuaku |
|
|
|
|
|
|
|
Tiru HK ler tu tak pun tiru ala2 capsule hotel |
|
|
|
|
|
|
|
i is cannot bilik tak ada tingkap, mau pengsan sebelum waktunya
|
|
|
|
|
|
|
|
Sesak nafas tgk bilik nya ni |
|
|
|
|
|
|
|
Cukup bagus dah tu berbanding tempat tidur reban ayam @ cage home di Hong Kong.
|
|
|
|
|
|
|
|
Zaman sebelum 2010 dapat bilik saiz bilik kasut macam hat ni kat bangsar dengan harga rm300. |
|
|
|
|
|
|
|
bilik besar ni baik tido dlm peti mayat teross.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sudin:
Panjang dia dalam 7 kaki, lebar ada la dalam 3 kaki, dalam dia lebih kurang sama dengan panjang 7 kaki.
Ajis:
ohh besar juga yer. 7 kaki... lebar 3 kaki..... ada dalam lagi.... . hah itu kubur, tempat kau nak mampos. cakap kasi bikin orang marah saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku mula2 mai KL dok kt Kompleks Belia.Sewa sebulan 50 inggit je. 1 bilik kongsi 4 org. Semua lengkap. Beli cadar je. Heaven giler. Duduk 6 bln aku dh bwk keluar Kelisa.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|