CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2996|Reply: 12

'Ingatkan Orang Suka' - Wanita Sarung 2 Kemeja Fazura Serentak Terkejut Dikecam

[Copy link]
Post time 30-7-2022 10:25 PM | Show all posts |Read mode
Video five minutes craft atau crazy hacks sama ada berkaitan tip mengemas rumah, memasak mahupun fesyen yang dikongsikan di media sosial sering menjadi panduan ramai.


Disebabkan kaedah ringkas dan menarik itu, kebanyakan pelayar media sosial gemar mencubanya.








Seperti dilakukan Farah Hafiz yang menggayakan pakaian dengan menggabungkan dua kemeja berlainan warna sekali gus.


Namun, apa yang ditampilkannya itu mengundang kecaman netizen kerana dikatakan lebih menyusahkan serta tidak kemas berbanding cara pemakaian biasa.


Malah rata-ratanya menyatakan wanita berumur 30 tahun ini mempunyai tahap keyakinan yang tinggi sehingga berani tampil dengan fesyen pelik seperti itu.


Walaupun ramai yang mengeji, ada juga dalam kalangan netizen di TikTok memuji idea ditonjolkan Farah kerana dianggap kreatif.


Kata mereka kecaman itu muncul kerana Farah bukanlah individu ternama mahupun artis.







Ketika dihubungi mStar, Farah mengakui gaya tersebut dicubanya selepas menonton video tular di media sosial.


“Saya pernah nampak ada orang buat baju macam tu tapi menggunakan sehelai kemeja sahaja. Jadi, saya rasa nak buat kelainan dengan menggabungkan dua helai kemeja berlainan warna.


“Gaya ni masih guna jenis kemeja yang sama, tetapi diubah suai sedikit supaya kelihatan berbeza,” jelasnya yang juga merupakan seorang peniaga pakaian.


Meskipun dikecam, anak jati Johor ini tetap gembira dengan caranya, malah dia tidak sedikit pun terasa hati dengan setiap kata-kata yang dilemparkan netizen.







Baginya, video perkongsian itu dapat membantu meningkatkan jualan, pada sama membolehkan perniagaan yang dijalankan lebih dikenali ramai.


“Saya memang jual baju kurung saree import dari India. Baju kemeja Fazura yang saya style dengan gabungan dua warna tu pula dijual sebagai casual outfit.


“Mula-mula macam tak jangka orang tengok video tu dan ingatkan mereka akan menyukainya supaya saya boleh buat lebih banyak style.


“Tapi kesudahannya kena kecam... ada yang cakap tak rajin nak seterika dua helai baju dan ada pula persoalkan sebab kena pakai dua lapis baju.


“Walaupun begitu, saya bersyukur kerana jualan saya meningkat dan kemeja Fazura yang saya ada habis terjual sehingga kehabisan stok,” luahnya yang sedikit terkejut kerana pertama kali menerima kecaman.


Menurut graduan Kejuruteraan Geomatik Universiti Teknologi Malaysia di Skudai Johor itu lagi, dia juga tidak menyangka video tersebut menjadi tular sehingga dikongsikan di pelbagai platform media sosial lain.







Menceritakan tentang bisnes yang dijalankan bersama suami, Fawaz Zaini, ujarnya, ia dimulakan pada tahun 2017.


“Masa tu dah jual macam-macam barang sebab jadi dropship brand. Apabila dah stabil dan mempunyai perancangan menyeluruh, saya mulakan bisnes sendiri.


“Bisnes ni bermula semasa saya berada di semester akhir pengajian... saya juga baru kahwin pada tahun tersebut dan bisnes dijalankan sebab nak bayar komitmen sahaja,” luah ibu kepada dua cahaya mata ini lagi.


Tambahnya, keputusan untuk meneruskan bisnes sepenuh masa dibuat kerana dia hamil sejurus selepas tamat pengajian peringkat ijazah sarjana muda.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2022 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanaz ada komen psl ni kat ig mstar..semak je si nanaz tu...duk diam2 x blh ke
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Mentang org tu tak berapa comey n tak femes dan² kecam...padahal smart je ak tgk...kalo rasa susah nak pakai ko tak payah laa gatai nak try
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Xnk try xyah try. Dia xpaksa pun. Gigih mengecam
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
I pn bace die kene kecam haha
Tp btol jgk komen2 tu
Dari kene iron satu baju ni nk l iron dua plk
Blom lg cuaca panas kt msia nie
Dok dlm econ je ok la kot
Klo nk jalan2 mcm x practical

Maybe bole beli yg mmg design cmnie.
Xperlu nk pakai dua
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 05:51 PM | Show all posts
Cita rasa berbeza2 lain orang lain sukanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2022 11:06 AM | Show all posts
makin banyak nak basuh baju cam ni hihi
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 11:13 AM | Show all posts
panas dek nonnnnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2022 04:13 PM | Show all posts
Hoshhi replied at 31-7-2022 12:17 AM
Nanaz ada komen psl ni kat ig mstar..semak je si nanaz tu...duk diam2 x blh ke

jambang semak samun ni mana ada keja kan
tu jela keja dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 10:09 AM | Show all posts
menyusahkanplak hahah elok2 1 bju nk bsuh.. ehh menimbun baju truss
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 03:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Org2 mcm ni kan mana dia dpt konpiden tu ye? Kat mana nk beli? Sekali pakej tahan maki tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau xde rupa..badan pulak x bape nak lawa..jgn la cuba pesen pelik2
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 04:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku join TikTok utk menghanjengkan org2 gini lah hahahahah pastu seronok kalo ada yg masuk utk backing...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.113482 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list