View: 1352|Reply: 15
|
Siapa Pahlawan Bakal Difilemkan Syamsul Yusof Selepas Ini?
[Copy link]
|
|
Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof akan meneliti dulu senarai pahlawan-pahlawan tanah air yang bakal diangkat perjuangan kisah mereka ke layar perak selepas ini.
Syamsul, 38, berkata, kita sedia maklum ada ramai pahlawan Melayu yang berjuang untuk membebaskan tanah air daripada penjajah British dulu dan untuk mengangkat kisahnya, kita mencari yang terbaik.
Foto: IG
"Semestinya saya nak hasilkan sebuah lagi filem epik yang memberi kesan, lebih mendalam serta impak kepada penonton juga masyarakat. Jadi, saya harus teliti sebab kita tahu di Malaysia ini ada ramai pahlawan yang berjasa.
"Oleh itu, saya nak tengok yang mana harus kita angkat. Iyalah, semuanya (pahlawan) harus diangkat, tapi saya perlu teliti terlebih dulu yang mana satu yang terbaik. Masih dalam penelitian, masih berfikir dan sedang berfikir yang mana yang terbaik," katanya kepada Harian Metro.
Baru-baru ini, Syamsul berjaya memecahkan rekod peribadinya menerusi filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang berjaya mencatat kutipan RM90 juta di Malaysia selepas 33 hari ditayangkan mulai 23 Jun lalu.
Ia sekali gus menjadi filem 'box office' Malaysia tertinggi tempatan dan antarabangsa selepas Munafik 2 yang mencatat kutipan RM48 juta pada 2018 dan Avengers: Endgame (RM87 juta) pada 2019.
Pada 18 Julai lalu, Harian Metro melaporkan kerajaan negeri Terengganu sedia bekerjasama dengan Syamsul untuk pembikinan filem pahlawan Terengganu seperti Haji Abdul Rahman Limbong dan Tokku Paloh.
Syamsul berkata, dia bersyukur dan menyambut baik hasrat kerajaan negeri Terengganu yang berminat untuk memfilemkan mengenai pahlawan negeri berkenaan dengan memberi kerjasama kepadanya dan pasukan.
"Insya-Allah, mungkin akan dibincangkan dengan lanjut sebabnya terus-terang saya sudah semestinya nak menghasilkan sebuah lagi filem epik," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Buat ler pahlawan wanita pulak remake Tun Teja ke Tun Fatimah ker.. |
|
|
|
|
|
|
|
pasal dengawan pun ok juga..ermm |
|
|
|
|
|
|
|
Mohd Najib |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by matseh at 29-7-2022 05:23 PM
Buat filem base on true event pulak mcm Dato Jins cuba buat. Pasir Salak . Selama2 bedekad2 sampai dia meninggal. Tiggal nama saja.
Boleh juga buat remake Bukit Kepong dgn casting pelakon2 sekarang. Dato Rosyam maybe boleh jadi watak Sajen Jamil. Syamsol boleh jadi watak yg YH pegang dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Si Pitung anak betawi...
Confirm indon pun pecah panggung |
|
|
|
|
|
|
|
Please abdul rahman limbong |
|
|
|
|
|
|
|
matseh replied at 29-7-2022 05:20 PM
Buat filem base on true event pulak mcm Dato Jins cuba buat. Pasir Salak . Selama2 bedekad2 sampai d ...
Bestnya kalau ada remake Bukit Kepong.. filem patriotik terbaik bagi I.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki handsome , ada rupa banyak duit mmg menjadi kegilaan para wanita , mak mak janda dan juga perempuan perempuan mahalan dan murahan
Lepas ni buat filem berkaitan Tun M...moment semasa dia bgtau nak resign dan resign jadi thanos tu buat ala ala slow slow motion muka muka nakharom menteri menteri PH DAP sialan tengah menjadi bangkai mereput membusuk
|
|
|
|
|
|
|
|
fadz84 replied at 29-7-2022 07:23 PM
Bestnya kalau ada remake Bukit Kepong.. filem patriotik terbaik bagi I..
Takut remake jd tak best plak, bukit kepong dulu depa siap bina balik balai polis tu kendian bako balik.
Dulu tak de cgi semua nampak real je, pilem bukit kepong tu mmg ikut bebetul fakta sejarah kan?
Semua pandai berlakon termasuk budak2 tu.
Bukit Kepong antara pilem yg tak membazirkan tajuk Bukit Kepong tu.Nih kang tajuk Pasir Salak tp aksi je 90% watak2 semua tak dikembangkan. |
|
|
|
|
|
|
|
mizruncing replied at 29-7-2022 04:13 PM
buat kisah TUN M jelahh
Kisah Tun M buat ala2 Habibie & Ainun tu sampai ada 3 pilem.
Pastu kan memandangkan acik2 ramai minat korea boleh gak wat cite pasal nek mariam yg sanggup tinggalkan anak2 n suami masa zaman perang dulu lepas kenal dengan tentera kerahan jepun dari korea yg bawa dia ke korea lantas terkandas kat sana sampai 64tahun terpisah ngn anak2.
Nek mariam tu kawen masa umur 11 tahun pastu dapat 4 anak, sorang ninggal masa dilahirkan.
Suami dia masuk askar pastu dia plak dikerah jd buruh bina landasan kapalterbang, itu yg dia kenal ngn tentera org korea tu.
Tapi taktaula kalau waris dia setuju kisah dia dipilemkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat la filem latar belakang zaman dulu kala...ketengahkan baju2 traditional mcm drama saeguk korea.... |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh juga kalau buat filem tokoh sej tapi digarap dgn baik |
|
|
|
|
|
|
| |
|