View: 1213|Reply: 12
|
Dua Keluarga Bertumbuk Sampai Ada Masuk Hospital Gara-gara Potong Barisan Di Disney World
[Copy link]
|
|
Sebuah keluarga cuba menghalang seorang wanita daripada memotong barisan ketika bercuti di Disney World di Florida mencetuskan pergaduhan besar.
Insiden tular itu menyebabkan penangkapan, kecederaan sehingga dibawa ke hospital dan larangan seumur hidup untuk memasuki taman tema terkemuka tersebut.
Lapor Daily Mail, rakaman video menunjukkan pergaduhan 10 individu yang mengamuk turut menyaksikan aksi tumbukan dan jeritan kata-kata cacian antara dua keluarga ketika berdiri dalam barisan panjang untuk menonton persembahan Mickey’s PhilharMagic di taman tema kanak-kanak itu.
Memetik laporan WDWNT, ketika kejadian, seorang wanita keluar daripada barisan untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam skuter dan apabila dia kembali, sebuah keluarga lain yang sedang berbaris menghalangnya lalu menolak individu berkenaan.
Menurut saksi, keluarga wanita itu dilarang bercuti di Disney World untuk seumur hidup manakala dua individu daripada keluarga lain pula ditahan.
Beberapa individu yang terlibat dalam insiden pergaduhan itu mengalami luka dan lebam manakala seorang lagi dikejarkan ke hospital akibat cedera di bahagian dagu.
Rakaman awal insiden pergaduhan itu tersebar di media sosial pada minggu lalu.
Malah, satu lagi video baharu menunjukkan dua ahli pelakon Disney dan beberapa pengunjung cuba meleraikan pergaduhan antara dua keluarga itu.
Beberapa laporan media turut mendakwa salah sebuah keluarga mencuri atau merosakkan barangan peribadi milik pihak lawan seperti telefon bimbit dan pakaian jenama mereka.
Bagaimanapun, perkara itu tidak dapat dipastikan.
Satu lagi klip video pendek menunjukkan keadaan huru-hara sehingga sampah dan pakaian bertaburan merata-rata di kawasan itu ketika pengunjung cuba melindungi anak-anak mereka daripada kekacauan.
Pasukan polis, bomba dan paramedik dipanggil ke tempat kejadian untuk membantu meredakan situasi dan merawat kecederaan yang dialami pengunjung.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan warga PRC je suka potong2 queue ni |
|
|
|
|
|
|
|
Unbelievable siiiiights~~ Indescribable feelinggggg~~. Soaring, tumbling, freewheeling.
a whole new worldd
|
|
|
|
|
|
|
|
Puak mentaliti B40 made in florida |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak ambil aje track fast camtu nama dia.. So boleh datang balik sekian time dari beratur menunggu |
|
|
|
|
|
|
|
it's a small world after all..... |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan kat disneyland hong kong atau shanghai je berlaku |
|
|
|
|
|
|
|
Beli lah tiket VIP
Fast track fast lane
Terus dapat masuk
Dah reramai gundu gitu
Rombongan menyusahkan orang
Depa saja dah 20 ketoi |
|
|
|
|
|
|
|
Wat malu kat bebudak je, memasing dah tua bangka.... |
|
|
|
|
|
|
|
lasagnaklcc replied at 28-7-2022 10:52 PM
Ingatkan kat disneyland hong kong atau shanghai je berlaku
Kat HK dan Shanghai Disneyland nampak ok je prc tu. Aku dah mentally ready bila bercampur dgn puak ni.Tp ok plk depa elok ikut giliran dan tak buat bising. Mungkin depa ni yg dah biasa travel negara orang perangai tak buruk sgt. |
|
|
|
|
|
|
| |
|