CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1498|Reply: 14

Siar Secara Langsung Hukuman Mati Mahasiswa Bunuh Rakan Sekelas Kerana Tolak Lamaran

[Copy link]
Post time 27-7-2022 11:30 PM | Show all posts |Read mode
Seorang mahasiswa sebuah universiti di Mesir yang menikam rakan sekelas selepas mangsa menolak lamarannya perlu menjalani hukuman gantung secara siaran langsung di kaca televisyen, lapor akhbar The Sun semalam.


Pembunuhan kejam terhadap Naira Ashraf di luar universitinya di utara Mesir oleh Mohamed Adel, 21, pada bulan lalu telah mengejutkan rakyat Mesir.




Naira Ashraf ditikam oleh Mohamed Adel ketika dia tiba di universiti. - CEN





Adel didapati bersalah membunuh Naira di luar Universiti Mansoura, manakala mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadapnya pada 6 Julai lalu.


Dalam satu keputusan luar biasa, mahkamah berkenaan meminta Parlimen supaya hukuman gantung terhadap pesalah disiarkan secara langsung di televisyen. Arahan tersebut sebahagiannya bertujuan untuk mencegah jenayah serupa daripada berulang.


Keputusan mahkamah berhubung hukuman tersebut disiarkan pada 24 Julai lalu. Peguam defendan, Farid El-Deeb bagaimanapun berkata, anak guamnya akan membuat rayuan.


“Kami masih mempunyai 60 hari untuk mencabar keputusan hukuman mati terhadap Adel,” katanya.


Serangan itu dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan menunjukkan pembunuh Naira menumbuk kepalanya ketika mangsa turun daripada sebuah bas pada 20 Jun lalu untuk menduduki peperiksaan akhir.


Semasa mangsa jatuh ke tanah, suspek melompat ke atasnya dan berulang kali menikam leher mangsa.


Naira meninggal dunia di tempat kejadian. Orang yang lalu-lalang merampas pisau itu apabila suspek cuba melarikan diri.




Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni kes yg tikam ke kelar leher tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Gilerr arr..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 09:49 AM | Show all posts
patutla tolak lamaran
bf saiko
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 09:52 AM | Show all posts
wowww live ya
nak gak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:46 AM | Show all posts
sbb dia tikam leher that girl live di cctv ke

awat la gila sgt ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2022 11:50 AM | Show all posts
babi punya manusia!
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 12:58 PM | Show all posts
Pembunuhan kejam terhadap Naira Ashraf di luar universitinya di utara Mesir oleh Mohamed Adel, 21

Kat Mesir pun nama 'Mohamed' mendunia for the wrong reason macam di tanah air juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kejamnya la budk lelaki ni, kesiannya budk pmpuan tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 01:57 PM | Show all posts
Hati kering betui.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Pehhh laju siot mahkamah dorang buat kerjaaa.. kita kat sini kes makan tahun belum selesai
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 28-7-2022 04:58 AM
Kat Mesir pun nama 'Mohamed' mendunia for the wrong reason macam di tanah air juga.

Kelig aku pernah melazer geng2 Muhammad ni kalau tak buat hal kat sekolah memang tak sah. Bervulu ja telinga guru2 Muslim dengar sebab sheol kapir.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bitter nak mampos. Dah kau pon muka mcm berus kasut, org tolak lamaran, nak makan dalam pulak.
Selamat mampos nanti kena gantung.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 08:38 PM | Show all posts
Carcosa replied at 28-7-2022 08:36 PM
Bitter nak mampos. Dah kau pon muka mcm berus kasut, org tolak lamaran, nak makan dalam pulak.
Selam ...

muka macam berus kasut


ha ah lahhh, sama
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 09:47 AM | Show all posts
Do you want me to?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.159754 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list