CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 961|Reply: 5

Mark Adam Teringin Nak Cuba Watak Jahat

[Copy link]
Post time 27-7-2022 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Sumber The Star


Sering tampil berlakon dalam nakshah komedi, Mark Adam mengakui sudah lama menyimpan hasrat untuk menjayakan watak serius.



Menerusi laporan Berita Harian, kata penyanyi dan pelakon itu, dia berharap agar diberikan peluang untuk memegang watak sebagai 'villain'.



  



"Baru-baru ini, saya ada jayakan drama Bisik-Bisik Gelora. Kita tahu, apabila drama itu ditayangkan di slot Akasia, ia drama berat.



"Saya jayakan watak serius tetapi masalahnya, apabila saya buat adegan serius, pengarah gelak. Bila pengarah ketawa, saya senyum.



"Tapi, saya boleh belajar untuk bawa watak serius. Saya pernah beritahu kawan-kawan, impian saya adalah untuk menghidupkan watak penjahat. Itu adalah perkara yang ingin saya cuba," katanya.



  



Dalam pada itu, Mark turut menghargai pengalamannya sebagai penyampai radio bersama Hot FM walaupun hanya selama enam bulan.



Pemilik nama sebenar, Fikri Mark Adam Abdullah itu berminat untuk meneruskan kerjaya sebagai penyampai radio kerana dari kerjaya itulah yang dapat membantunya menguasai bahasa Melayu.



"Kalau ada tawaran, saya terbuka kerana sukakan kerjaya itu. Matlamat saya untuk memperbaiki bahasa Melayu. Sebelum ini, selama enam bulan ketika di Hot FM, penguasaan bahasa Melayu saya bertambah baik kerana saya banyak membaca," katanya. - CARI



  


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2022 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mark punya BM sangat bagus. boleh buat lawak dlm bahasa bukan native tu kira power dah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 03:46 PM | Show all posts
watak penjahat memang sesuai... sesuai la untuk heshe ya itu tak perlu berdialog... jadi watak pencuri ke perompak cukup...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Watak jahat tanpa dialog ye
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:16 AM | Show all posts
rengsek jugak kalau tengok dia ni berlakon

kalau jadi cameo ke oklar

jadi main character letih nak ngabeskan cerita
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:24 AM | Show all posts
Ha ah kalau bawa watak jahat jgn berdialog.  Nanti suara dah la lembut tergagap2 pula tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.220258 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list